Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Jumaat, Oktober 12, 2012

Novel Wira Persona Avatari - Gaya Bahasa



Diksi
Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian dengan jalan cerita yang berkaitan dengan kepintaran dalam bidang pengkomputeran serta teknologi maklumat dan komunikasi.

Antara istilah komputer yang digunakan ialah CPU, kayu ria, papan litar, cip mikroelektrik dan ruang siber.

Selain itu, terdapat penggunaan slanga seperti amoi cantik dan hei tambi.


Pembinaan Ayat

a)    Ayat pendek.

Contohnya:
  • “Masuk?”                                                                                   
  • Anas terdiam.                                                                          

b)    Ayat panjang.

Contohnya:
  • Di hujung talian kawalan avatar Shogun, di sebuah kafe siber di kawasan hiburan Tokyo, seorang gadis bernama Aya Morita mendengar jawapan Hang Tuah dengan teliti melalui skrin komputer multimedianya.
                                                                     
Simile
  • Mereka nampak pergerakannya seperti satu tarian yang lancar dan penuh seni, tetapi masih pasti amat berbisa. 
  • Kalau ikatan untuk bersama dalam satu pasukan itu kuat, maka ribut yang berlaku tak ubah seperti ribut dalam cawan.
  • ...seperti halilintar membelah bumi.
  • ...seperti semut merah menghurung lipas mati.                      


Hiperbola
  • mata yang tajam
  • berjalan di atas kepulan awan


Personafikasi
Adeen, Anas, Aina, dan Pauline diam kerana minda mereka masih menghadam apa yang baru disampaikan oleh Cikgu Nisah.
Petang semakin tua.


Sinkope
  • “Papa ni... kalau kami menang papa pun tentu akan dapat pulangan berlipat ganda daripada pelaburan papa tu,” usik Pauline pula.
  • “Ala, Abang Anas ni. Aina bergurau sikit pun tak boleh.


Metafora
  • Memang ayah pelita hidup ibu. 


Peribahasa
  • Hendak seribu daya, tidak hendak seribu seribu dalih.
  • Nasi sudah menjadi bubur.
  • Kalau tidak ada rotan, akar pun berguna juga. 
  • Macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. 


Kata-kata hikmat atau falsafah 
  • Tiada guna api melawan api. Dia lebih suka menjadi air yang sejuk dan tenang.          
  • Jodoh, pertemuan, ajaldan maut di tangan Allah. Berpantang mati sebelum ajal. Selagi ada nyawa selagi itu ada saya.

1 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email