Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Jumaat, Oktober 12, 2012

Novel Wira Persona Avatari - Pengajaran



Antara pengajaran yang terdapat dalam novel di atas:

1. Kita hendaklah mempunyai semangat juang yang tinggi demi mencapai matlamat yang ditetapkan.

Contoh:
Anas berani membahayakan dirinya dalam memastikan Pasukan Zamrud II menjuarai
Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.


2. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai matlamat.

Contoh:
Ahli kumpulan Pasukan Zamrud II gigih berlatih tanpa jemu sehingga berjaya menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.


3. Kita seharusnya mengetepikan kepentingan diri sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam pasukan.

Contoh: 
Pauline dinasihatkan oleh Cikgu Nisah supaya mengubah sikap cemburunya terhadap Anjali demi menjaga keharmonian pasukan mereka.


4. Kita haruslah sanggup berjuang untuk mempertahankan agama.

Contoh:
Anas sanggup menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi Muhammad semasa peringkat akhir pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dengan dibantu oleh ahli Pasukan.


5. Kita perlulah menjadi amanah dan tidak seharusnya mengkhianati kepercayaan orang terhadap kita.

Contoh:
Anjali mensabotaj Pasukan Zamrud II sehingga pasukan itu hampir-hampir tewas dalam pertandingan Avatari.

6. Kita mestilah sentiasa bekerjasama dan mengamalkan semangat berpasukan yang tinggi untuk menjamin kejayaan sesuatu pasukan dalam pertandingan

Contoh:
Semua ahli Pasukan Zamrud II mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sehingga berjaya menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email