Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Rabu, Januari 25, 2012

Kerangka Karangan - Aduan Bekalan Air Sering Terputus

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.

Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


(Format Surat Kiriman Rasmi)

Pendahuluan:
Perkenalkan diri sebagai wakil penduduk kawasan - nyatakan tujuan tulis surat - aduan - bekalan air sering terputus - kerja-kerja baik pulih batang paip utama yang pecah - memakan masa berhari-hari

Isi-isi:
  • pelbagai masalah terpaksa dihadapi oleh penduduk - sukar menjalani kehidupan harian kerana tiada bekalan air bersih - ahli keluarga ramai terutamanya yang mempunyai anak kecil - perlu banyak bekalan air

  • terpaksa meminta Jabatan Bekalan Air untuk menghantar bekalan air - jadual penghantaran air yang tidak tetap menyusahkan penduduk

  • Perbelanjaan bertambah - terpaksa membeli tong dan baldi - mengisi air - terpaksa berjimat menggunakan air

  • penduduk terpaksa berbaris panjang dan berpanas untuk dapatkan air bersih - berlaku juga suasana tegang - segelintir penduduk memotong barisan - pertelingkahan kecil

  • rutin dan aktiviti harian terjejas sama sekali disebabkan kesulitan yang dihadapi


Penutup:
berharap agar keadaan ini tidak berlarutan - semoga pihak berkenaan lebih prihatin dengan masalah yang dihadapi



*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.


Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Kerangka Karangan - Punca Keruntuhan atau Kemerosotan Akhlak Remaja

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Pendahuluan:
Kemerosotan akhlak dalam kalangan remaja - membimbangkan - remaja merupakan aset negara pada masa akan datang

Isi-isi:
  • Kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak - gagal mendisiplinkan anak-anak - 
  • Asas agama yang lemah - anak-anak sepatutnya diterapkan dengan ajaran Islam sejak kecil agar dapat membezakan mana yang baik dan buruk, mana dosa mana pahala
  • Kesibukan ibu bapa dengan kerjaya masing-masing - kebajikan anak-anak terabai - bebas melalukan apa sahaja sesuka hati tanpa dipantau oleh ibu bapa
  • Pengaruh rakan sebaya - bergaul dengan remaja liar - terikut-ikut - naluri ingin mencuba - menjebakkan remaja dengan gejala sosial
  • Kemasukan filem dan hiburan dari Barat - memaparkan budaya hidup negatif seperti unsur seks, dadah dan pergaulan bebas tanpa batasan - mempengaruhi sikap dan pemikiran remaja
  • Pengaruh media sosial - remaja terdedah kepada media sosial saban hari (beri contoh), tanpa batasan/had

Penutup:
Masalah ini harus dibendung - remaja hari ini adalah tunggak negara - barisan pelapis yang perlu tahu jati diri - pengukuhan akhlak remaja perlu dimulakan dari akar umbi - bermula dengan institusi kekeluargaan itu sendiri



*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.