Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Januari 29, 2013

Contoh Karangan Cerita - Membantu Rakan yang ditimpa Kemalangan

Soalan:
Tulis sebuah cerita dan akhiri cerita kamu dengan ayat-ayat di bawah.

...Ibu memuji tindakan saya itu. Saya bersyukur kerana dapat membantu rakan saya.


Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan rakan sekelas menghadiri kelas tambahan di sekolah. Setelah kelas tambahan berakhir, saya, Hafiz dan Syafiq berjalan kaki untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan, kami ternampak Syazwan, salah seorang murid sekolah kami yang menunggang basikalnya dengan laju. Tiba-tiba, tayar hadapan basikalnya terlanggar seketul batu. Dia gagal mengawal basikalnya lalu terjatuh di bahu jalan. "Aduh!" Kedengaran jeritannya yang mengerang kesakitan.

          Saya dan kawan-kawan saya segera mendapatkan Syazwan. Dia cedera di bahagian tangan dan kaki kiri. Kami membantu Syazwan untuk bangun sambil menanyakan alamat rumahnya. Setelah berbincang sesama sendiri, kami sebulat suara mahu menghantar Syazwan pulang ke rumah.

          Lima belas minit kemudian, kami tiba di rumah Syazwan lalu memberi salam. Seorang wanita yang merupakan ibu Syazwan menjemput kami masuk ke dalam rumah. Dia terkejut melihat keadaan anaknya. Syafiq meletakkan basikal Syazwan di tepi pagar manakala saya dan Hafiz memapah Syazwan. Kami membaringkan Syazwan di atas katil di biliknya. Kemudian, kami kembali ke ruang tamu.

          Kami menceritakan apa yang telah terjadi kepada ibu Syazwan. Ibunya menggeleng-gelengkan kepala memikirkan sikap Syazwan yang tidak menjaga keselamatan diri. Setelah menghidangkan sepiring kuih karipap dan sejag minuman sejuk kepada kami, ibu Syazwan pun beredar ke bilik Syazwan untuk melihat keadaan anaknya.

          Selepas memberseihkan luka di tangan dan kaki Syazwan, ibunya menyapu ubat antiseptik. Mujurlah Syazwan hanya cedera ringan. Pada pukul dua petang, kami meminta diri untuk pulang. Ibu Syazwan mengucapkan terima kasih kerana membantu anaknya.

          Saya sampai di rumah agak lewat. Ibu dan bapa berasa susah hati dan menanyakan sebab mengapa saya balik lewat. Saya menceritakan apa yang telah terjadi. Ibu saya memuji tindakan saya itu. Saya bersyukur kerana dapat membantu rakan saya.


17 ulasan:

  1. Jalan cerita yang menarik..Nice job..

    BalasPadam
  2. Selepas memberseihkan luka sepatutnya selepas membersihkan luka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha'ah.salah eja lah tu

      Padam
  3. amy(bkn name sebenar)1 Julai 2013 9:11 PTG

    bestlah karangan ni...good job.........



    BalasPadam
  4. Sye gunekn karangan niyy sbagai homework sye.GREAT JOB !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun sama..........tq kepada penulis

      Padam
    2. tq kpd pnulis kerana membantu saya membuat HOMEWORK............tq................GOOD AND GREAT JOB

      Padam
    3. batrieysha isya18 Jun 2016 9:28 PTG

      best la karangan ni sampai anak sy gunakan karangan ini untuk buat homeword dia

      Padam
  5. " Kamu dan rakan-rakan telah pergi berkelah ke suatu tempat yang menarik. Ceritakan tentang perkhelahan tersebut. " tolong buat contoh karanga ini boleh? harap maklum. terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. NICE JOB

      Padam
    2. Bagusnya cerita nie!!!!walaupun pendek tapi bagus.GOOD JOB!

      Padam
  6. sye jge menggunakn karangn ini sbgi rujukan sye

    BalasPadam
  7. klau la semua rakan2 kte cm nie

    BalasPadam
  8. Klau Ia semua rakan2 kte cm nie

    BalasPadam
  9. Bagus nye karangan ni














    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus cerita ini ,, siap!!! pun kerja sekolah terima kasih

      Padam
  10. baguslah ceritani!tq kepada penulis

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email