Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, Februari 13, 2013

Novel Sukar Membawa Tuah - Persoalan



Persoalan-persoalan yang terdapat dalam "Sukar Membawa Tuah':

1. Harapan tinggi ibu bapa terhadap anak-anak kerana anak-anak merupakan pemangkin perubahan dalam sesebuah masyarakat.

Pak Katan dan Mak Tawi berbesar hati kerana Adit memperoleh 3A dalam UPSR. Kejayaan Adit turut menjadi contoh ikutan anak-anak orang asli di Kampung Bakai.


2. Keprihatinan bapa untuk memenuhi impian anaknya.

Meskipun Pak Katan menunjukkan reaksi yang negatif apabila Adit menyuarakan hasratnya untuk bersekolah tetapi Pak Katan mengubah sikapnya apabila melihat Adit bersungguh-sungguh hendak ke sekolah. Pak Katan menguruskan pendaftaran persekolahan Adit tanpa pengetahuan Adit kerana Pak Katan bimbang Adit kecewa sekiranya permohonannya yang pertama kali itu ditolak.


3. Patuh dan taat seorang anak kepada ayahnya.

Adit sangat patuh akan suruhan bapanya. Sungguhpun baru berusia 10 tahun, Adit telah membuat kerja-kerja yang berat seperti memikul rotan dan damar keluar dari hutan untuk membantu ayahnya. Semua pekerjaan itu dibuat oleh Adit tanpa bersungut atau merengus.


4. Kepatuhan masyarakat orang asli kepada ketua.

Tok Batin Ahboi mengarahkan Bong mengumpulkan penduduk kampung untuk mencari Adit yang belum pulang dari sekolah. Mereka bergerak dalam pasukan seramai 30 orang dan berjaya menemui Adit di dalam sebuah gaung lima jam selepas itu.


5. Kemunduran kehidupan orang asli di kawasan pedalaman.

Masyarakat orang asli hidup miskin dan mundur kerana menolak kemajuan. Mereka mahu mengekalkan kehidupan tradisi nenek moyang dan enggan menerima perubahan. Mereka beranggapan bahawa bersekolah adalah sesuatu yang hina kerana mengagungkan budaya luar dan mengakibatkan seseorang itu lupa akan asal usul.


6. Usaha kerajaan untuk memodenkan kehidupan orang asli.

Kerajaan memberi hak kepada orang asli untuk hidup maju seperti kaum lain. Oleh itu, kerajaan telah menghantar pegawai dari Jabatan Penerangan untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan.


7. Sifat kemanusiaan tidak dibatasi oleh perbezaan bangsa, keturunan dan agama.

Ah Tong yang berbangsa Cina dan penyelia di rumah kongsi pekerja balak sudi menumpangkan Adit ke sekolah pada setiap hari.


8. Semangat kekitaan dan saling membantu dalam masyarakat yang berbilang bangsa.

Guru-guru di sekolah Adit mengajar Adit dengan bersungguh-sungguh supaya Adit dapat menguasai kemahiran membaca walaupun Adit lambat masuk sekolah. Selain itu, Pak Katan dan Mak Tawi dibenarkan tinggal di asrama jururawat semasa Adit terlantar di hospital selama dua bulan untuk menjaga anak mereka.







1 ulasan:

  1. Terima kasih utk persoalan nih..banyak manfaatnya..

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email