Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Isnin, Mac 18, 2013

Novel Merenang Gelora - Gaya Bahasa


Personifikasi
Contoh:
  • ketakutan menerpa dalam hatinya
  • matanya tajam menikam wajah Taufik
  • penyesalan hinggap di hati Nadira
  • perasaan malu menyelimuti diri Badri
  • ombak memukul pantai

Simile
Contoh:
  • garang macam singa
  • dia terasa seperti hendak meraung
  • kejadian itu bagai mimpi ngeri yang susah dilupakannya
  • Langkahnya terasa berat seperti sedang memikul beban yang amat besa
  • Antara kau dengan Shahrul macam burung gagak dengan kapal terbang
.
Repetisi
Contoh:
  • "Aku tak bermaksud begitu, Taufik. Aku tak pernah gilakon Nadira. Aku tak pernah juga bermaksud untuk menyakitkan hati Siew Mei".
  • "Dia benar-benar bencikan kau. Dia merasakan kau sabagai batu penghalang kegiatannya. Dia juga menyatakan dalam hati kecilnya, sebenarnya dia mencemburui kau".

Peribahasa
Contoh:
  • lepas tangan
  • buah hati
  • buah mulut
  • mengadu untung
  • terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata inilah padahnya
  • memulangkan paku buah keras
  • macam pinang dibelah duabiar pecah di perut jangan pecah di mulut
  • menang jadi arang kalah jadi abu

Sinkope
Contoh:
  • "Apa tengok-tengok? Tak puas hati? Bob, pengawas baharu tak puas hati dengan engkau. Dia nak pukul engkau tu. Jaga Bob! Lari Bob!"

Hiperbola
Contoh:
  • dengan kemarahan yang menggunung;
  • seribu penyesalan bertakhta dalamm sanubari Badri
  • taufan maha besar yang menguji kesabaran mereka

Metafora
Contoh:
  • lembah hina

Bahasa lnggeris
Contoh:
  • race
  • best
  • enjoy
  • understanding

4 ulasan:

  1. MAKASIH YA BUU.

    BalasPadam
  2. thanks!!!!

    BalasPadam
  3. maaf sye nk ulas .... takkan ni shja gaya bahsa ??? bkn ade 20 ke ??? maaf mnggngu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini hanya sebahagian daripada gaya bahasanya. Entri ini sebagai rujukan, tidak lengkap :)

      Padam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email