Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Julai 23, 2013

KOMSAS Tingkatan 1 - Hari Akhir Persekolahan



Tema

Saat-saat akhir menamatkan alam persekolahan.


Persoalan

(a) Mencintai ilmu pengetahuan yang telah diajarkan di sekolah.
(b) Persediaan mental seseorang pelajar untuk melangkah ke alam dewasa.


Bentuk

(a) Terdiri daripada satu rangkap.
(b) Terdiri daripada dua belas baris.
(c) Terdiri daripada dua hingga lima patah kata sebaris atau lima hingga sebelas suku kata sebaris.
      Contohnya:
  • yang tersisip                                    (2 patah kata/ 4 suku kata)
  • merdeka, kita ke takah dewasa       (5 patah kata/ 11 suku kata)
(d) Berbentuk bebas.


Unsur-unsur Bunyi

(a) Asonansi -  dalam dakapan perpisahan (pengulangan vokal a).
(b) Aliterasi - yang mengintip (pengulangan konsonan n).
(c) Rima akhirnya bebas, iaitu abcdecffdghi.


Unsur-unsur Bahasa

(a) Metafora - suara hati, mata batin.
(b) Personafikasi - menitip pesan, dakapan perpisahan.
(c) Perlambangan/Simbol - 'air jernih' melambangkan air mata.


Nilai

(a) Mencintai ilmu pengetahuan.
      Contohnya, ada pelajar yang menyematkan ilmu dan pesanan daripada para guru.

(b) Kasih sayang.
      Contohnya, perasaan kasih dan sayang kepada rakan-rakan dan guru menyebabkan ada pelajar yang
      bersedih dan menangis pada hari akhir persekolahan.

(c) Mengenang jasa.
      Contohnya, ada pelajar yang tetap mengingati pesanan guru-gurunya.


Pengajaran

(a) Janganlah kita lupa akan segala ilmu yang telah kita pelajari semasa di alam persekolahan.
(b) Kita seharusnya mempunyai perasaan kasih dan sayang kepada rakan-rakan dan guru-guru.
(c) Kita seharusnya berani berhadapan dengan cabaran baru yang akan datang.
(d) Kita mestilah mengenang jasa dan menghargai guru-guru kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email