Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Oktober 12, 2013

KOMSAS Tingkatan 1 - Asap



Tema
Keburukan dan kesengsaraan yang timbula akibat daripada mengidu asap atau menghisap rokok kepada manusia.

Persoalan
(a) Persoalan tentang kesan jerebu dan pembakaran terbuka.
(b) Kebarakan yang membawa malapetaka.
(c) Bahaya merokok.

Bentuk
(a) Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
(b) Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama dan rangkap kedua mempunyai lima baris, dan rangkap ketiga dan rangkap keempat mempunyai enam baris.
(c) Panjang pendek barisanya tidak sama, iaitu antara satu hingga empat patah kata atau dua hingga sebelas suku kata sebaris. Contohnya:
     
        Asap (1 patah kata/ 2 suku kata)
        Semakin lama semakin membesar ( 4 patah kata/ 11 suku kata)

(d) Sajak ini berbentuk bebas.


Unsur-unsur Bunyi
(a) Asonansi. Contohnya, semakin lama semakin membesar (pengulangan vokal a).
(b) Aliterasi. Contohnya, hanya satu jantungku ini (pengulangan konsonan n).
(c) Rima akhirnya bebas. Contohnya,
- Rangkap 1 : abccd;
- Rangkap 2 : abcde;
- Rangkap 3 : abcdec;
- Rangkap 4 : abcdee.

Unsur-unsur Bahasa
(a) Personafikasi - hanya satu jantungku ini; telah kau rampas.
(b) Invensi - hanya satu jantungku ini.
(c) Sinkope - mu, kau, ku.

Nilai
(a) Kesedaran. Contohnya, penyajak sedar bahawa asap dan rokok membahayakan kesihatan.
(b) Prihatin. Contohnya, penyajak prihatin tentang kesihatan.

Pengajaran
(a) Janganlah kita menghisap rokok kerana asap yang terhasil itu membahayakan kesihatan semua pihak.
(b) Kita haruslah sedar bahawa maut boleh datang dengan tiba-tiba hanya kerana asap.
(c) Kita janganlah melakukan sesuatu yang merosakkan diri dan alam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email