Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Oktober 10, 2013

KOMSAS Tingkatan 1 - Diari Lama



Tema
Semangat nasionalisme dalam jiwa rakyat Malaysia.

Persoalan
(a) Perjuangan tokoh pejuang dahulu untuk menegakkan kemerdekaan negara amat disanjungi.
(b) Rasa bangga menjadi anak Malaysia yang merdeka.
(c) Banyak pengorbanan yang diperlukan dalam menuntut kemerdekaan.

Bentuk
(a) Sajak ini terdiri daripada dua rangkap.
(b) Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama mempunyai lima baris, dan rangkap kedua mempunyai sepuluh baris.
(c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara satu hingga tujuh patah kata atau tiga hingga enam belas suku kata sebaris. Contohnya:
tulisan (1 patah kata/ 3 suku kata)
riang di naungan nusa, makmur setiap ketika (7 patah kata/ 16 suku kata)

Unsur-unsur Bunyi
(a) Asonansi. Contohnya, Dataran Merdeka menyambut suka (pengulangan vokal a).
(b) Aliterasi. Contohnya, menghayun langkah menongkah persada (pengulangan konsonan n).
(c) Rima akhirnya bebas. Contohnya,
- Rangkap 1 : abcad;
- Rangkap 2 : abcdcccccc.

Unsur-unsur Bahasa
(a) Personafikasi. Contohnya, menongkah persada, menyambut suka.
(b) Paradoks. Contoh, diulit riang bersalut hiba.
(c) Sinkope. Contohnya, tak.

Nilai
(a) Pengorbanan. Contohnya, para pejuang terdahulu sanggup berkorban jiwa raga untuk mendapatkan kemerdekaan negara.
(b) Perjuangan. Contohnya, para pejuang berjuang bersungguh-sungguh ketika menuntut kemerdekaan.
(c) Cinta pada negara. Contohnya, penyajak menyatakan rasa cintanya pada negara.
(d) Mengenang jasa. Contohnya, penyajak mengenang jasa para pejuang kemerdekaan.

Pengajaran
(a) Kita haruslah berjuang dengan bersungguh-sungguh demi kedaulatan negara.
(b) Janganlah kita lupa akan jasa dan perjuangan orang terdahulu yang membawa Malaysia ke arah negara merdeka.
(c) Kesedaran terhadap erti kemerdekaan sebenar penting disemat dalam jiwa anak-anak Malaysia supaya kesejahteraan negara dapat dikekalkan.
(d) Kita hendaklah memiliki semangat cinta akan tanah air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email