Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Oktober 10, 2013

KOMSAS Tingkatan 1 - Jangan



Tema
Perasaan sayang yang tidak terhingga seorang bapa kepada anaknya.

Persoalan
(a) Penderitaan jiwa yang dialami akibat daripada perpisahan dengan anak yang tersayang.
(b) Tekad untuk mencari anak yang hilang.
(c) Anak adalah segala-galanya kepada pasangan suami isteri.

Bentuk
(a) Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
(b) Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama mempunyai lima baris, rangkap kedua mempunyai sepuluh baris, dan rangkap ketiga mempunyai dua baris.
(c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara tiga hingga tujuh patah kata atau tujuh hingga tiga belas suku kata sebaris.
Contohnya:
     antara aku dengannya (3 patah kata/ 8 suku kata)
     Akan kucari di mana pun dia kini (7 patah kata/ 13 suku kata)

Unsur-unsur Bunyi
(a) Asonansi. Contohnya, mungkin lebih dari cinta ibunya (pengulangan vokal i).
(b) Aliteransi. Contohnya, yang mengintip (pengulangan konsonan n).
(c) Rima akhirnya bebas. Contohnya:
      - Rangkap 1: aabbc;
      - Rangkap 2 : abcaccccdc;
      - Rangkap 3 : ab.

Unsur-unsur Bahasa
(a) Pengulangan baris. Contohnya, baris pertama bagi rangkap pertama dan rangkap ketiga adalah sama, iaitu Jangan bawa pergi anakku!.
(b) Sinkope. Contohnya, ku.
(c) Epifora. Contohnya:
      Jangan bawa pergi anakku!
      Aku masih mencintai anakku!

Nilai
(a) Kasih sayang. Contohnya, penyajak amat menyayangi anaknya dan tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu.
(b) Sabar. Contohnya, walaupun sedih dengan kehilangan anaknya, penyajak tetap bersabar dan tidak berbuat sesuatu yang tidak wajar.
(c) Keazaman. Contohnya, penyajak berazam untuk mencari anaknya hingga dapat dijumpai.

Pengajaran
(a) Kita hendaklah ingat bahawa kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya memang tiada bandingannya.
(b) Kita hendaklah saling mengasihi sesama keluarga.
(c) Janganlah kita menyakiti hati ibu bapa kerana mereak amat menyayangi kita.
(d) Kita seharusnya berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu yang kita hasratkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email