Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Oktober 10, 2013

Latihan Komsas Tingkatan 2 - Wira Persona Avatari




Nilai
  • Kasih sayang
  • Bertanggungjawab
  • Ketabahan

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, berikan contoh peristiwa bagi nilai di atas.

Rangka Jawaban:

1. Kasih sayang
- Aina, Anas dan ibu mereka Maizan sangat menyayangi Profesor Fitri yang hilang semasa menjalankan ekspedisi misteri di Laut Andaman.
- Aina yang terlalu merindui ayah menangis apabila meluahkan perasaannnya kepada Anas.
- Maizan pula berubah menjadi seorang yang pendiam sejak kehilangan suaminya.
- Selain itu, Anas sangat menyayangi adiknya, Aina.

2. Bertanggungjawab
- Anas berasa bertanggungjawab mengambil alih peranan sebagai orang lelaki di rumah selepas ayahnya hilang.
- Sebagai orang Islam, Anas berasa bertanggungjawab untuk menghalang Pasukan Zion daripada membunuh Nabi Muhammad SAW walaupun itu hanya permainan siber.

3. Ketabahan
- Pasukan Zamrud II tabah menghadapi perbuatan sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab - (Huraikan dengan contoh seperti - cubaan mensabotaj mesin Avatari, cubaan mematikan avatar Badang Pasukan Zamrud II dan tembakan terhadap Aina)

5 ulasan:

  1. TERIMA KASIH DI ATAS PERKONGSIAAN

    BalasPadam
  2. terima kasih ^_^ $_$

    BalasPadam
  3. terima kasih

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email