Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Isnin, Disember 16, 2013

Novel Melunas Rindu - Pengajaran



PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita sendiri.
Hal ini dibuktikan melalui Fuad yang mengingati dan menyayangi ayahnya Robert Lim walaupun mereka tidak tinggal bersama.

2. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup.
Sebagai contohnya, Fuad begitu tabah menghadapi hidupnya yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang hebat.

3. Kita perlulah membantu orang yang memerlukan pertolongan.
Hal ini dibuktikan oleh Fuad yang membantu rakannya Borhan dengan membawa anak Borhan yang demam panas ke klinik. Selain itu, Robert Lim menghulurkan bantuan wang perbelanjaan kepada abangnya Peter Lim setiap bulan.

4. Kita hendaklah sentiasa menghormati orang lain terutamanya yang lebih tua daripada kita.
Sebagai contohnya, Fuad sentiasa menghormati ayah dan ibu angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah.

5. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada kita.
Contohnya, Fuad membuka buku akaun Giro untuk adik sepupunya, Ah Sohh dan Mei Lin sebagai mengenang jasa Peter Lim dan Swee Lan.

6. Kita wajib taat akan perintah dan ajaran agama masing-masing.
Hal ini dibuktikan melalui tindakan Fuad dan Pak Ismail yang tidak pernah mengabaikan solat lima waktu mereka.

7. Kita perlulah mengamalkan nilai murah hati dalam kehidupan seharian.
Hal ini dibuktikan melalui tindakan Fuad yang murah hati dengan memberikan jagung yang ditanamnya sendiri kepada guru-guru sekolah di tempatnya bertugas.

8. Kita hendaklah mengamalkan semangat bekerjasama dalam pasukan.
Contohnya, Fuad dan Farhana sering berbincang dan bekerjasama untuk meningkatkan prestasi pelajaran para pelajar.

9. Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.
Sebagai contohnya, Mak Salmah memaafkan kesalahan Fuad yang melarikan Sofia daripadanya untuk diserahkan kepada Robert Lim.

10. Setiap orang haruslah menepati janji yang telah dibuatnya.
Sebagai contohnya, Fuad menunaikan janjinya untuk menjenguk adik-adik Farhana di rumah ibu Farhana. Selain itu, Fuad juga menunaikan janjinya dengan pergi ke rumah Cikgu Zamani yang menjemputnya untuk makan malam.

11. Setiap orang yang rajin bekerja pasti akan mendapat hasilnya.
Sebagai contohnya, Fuad rajin mengusahakan tanah yang dibelinya itu dengan menanam jagung dan akhirnya mendatangkan hasil yang banyak.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email