Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Isnin, Disember 16, 2013

Novel PAPA...(akhirnya kau tewas jua!) - Latar



LATAR MASA
Pada masa sekarang, berlaku dalam tempoh beberapa tahun iaitu dari Intan Julia berusia 16 tahun (Tingkatan Empat) hingga dia berusia 19 tahun (bercuti sementara menunggu keputusan peperiksaan di Pusat Matrikulasi UIA sebelum memasuki Kampus Utama UIA).

LATAR TEMPAT
  • Di rumah Jeffri di Kelana Jaya – Tempat Jeffri dan keluarganya serta Mak Cik Noraini pembantu rumah mereka tinggal dalam suasana yang harmoni.
  • Di Sekolah Menengah Seri Gading – Tempat Julia belajar dan tempat Intan Maliana menjadi guru Matematik.
  • Di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia – Tempat Intan Maliana melahirkan anak kembarnya dan dirawat semasa dia dalam keadaan koma.
  • Di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) – Tempat Julia dan teman rapatnya, Rasylan meneruskan pengajian selepas tamat sekolah menengah.
  • Di Restoran Starbucks Coffee di Mid Valley – Tempat Julia dan Rasylan kunjungi untuk minum dan di sinilah jugalah mereka terserempak dengan papa Julia minum bersama-sama dengan Aishah sebanyak dua kali.

LATAR MASYARAKAT
  • Masyarakat bandar dan terdiri daripada golongan elit.
  • Masyarakat yang bertanggungjawab.
  •  Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang dalam menjaga ikatan kekeluargaan.
  • Masyarakat yang terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi.
  • Masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan.
  • Masyarakat yang bersikap prihtain dan mengambil berat akan masalah orang lain.
  • Masyarakat beragama Islam yang mengamalkan poligami.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email