Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Isnin, Disember 16, 2013

Novel PAPA...(akhirnya kau tewas jua!) - Nilai



 NILAI

  • Kasih sayang - Jeffri sanggup mengorbankan kepentingan diri demi menjaga isterinya yang koma.
  • Berdikari - Intan Julia tinggal di kampus dan belajar memulakan kehidupan baru tanpa kehadiran papa dan mama di sisinya.
  • Prihatin - Rakan Intan Maliana dan Jeffri datang menziarahi jenazah Ahmad dan Muhammad yang meninggal dunia selepas dilahirkan.
  • Sabar - Jeffri bersabar dan menerima ketentuan Tuhan dengan redha apabila isterinya koma dan bayi-bayinya yang baru lahir meninggal dunia.
  • Taat - Intan Julia taat kepada perintah papa dan mamanya.
  • Rajin - Mak Cik Noraini rajin melakukan kerja-kerja rumah dengan baik.
  • Berani - Mak Cik Noraini berani menegur kesilapan Jeffri dan Intan Maliana.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email