Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Isnin, Disember 16, 2013

Novel PAPA...(akhirnya kau tewas jua!) - Tema



TEMA

Novel Papa (akhirnya kau tewas jua!)  bertemakan kemanusiaan iaitu ikatan kasih sayang  yang mendalam antara ahli keluarga yang menjadi asas keharmonian sesebuah rumah tangga. Dalam sesebuah rumah tangga, kasih sayang seorang suami terhadap isteri dan anaknya menjadi kunci kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Tema ini dikaitkan dengan kasih sayang yang mendalam antara Jeffri (Papa) dengan Intan Maliana (Mama) dan anak perempuan tunggal mereka Intan Julia. Jeffri begitu mengambil berat terhadap kebajikan Intan Maliana dan Julia dan bersungguh-sungguh memikul tanggungjawabnya sebagai ketua rumah dengan baik sekali.

Kasih sayang antara Intan Maliana dengan Jeffri dan Intan Julia  pula dapat dilihat apabila dia sanggup mengandung lagi walaupun berdepan dengan risiko komplikasi selepas melahirkan Julia tujuh belas tahun yang lalu.  Walau apa jua cabarannya, Intan Maliana sedia berkorban demi membahagiakan suaminya. Dia hamil sekali lagi dan menghadapi komplikasi ketika melahirkan anak kembar siam yang dikandungnya. Selepas melahirkan anak kembar tersebut, dia telah koma manakala anak kembarnya meninggal dunia.

Peristiwa itu memberi impak besar terhadap Jeffri. Selepas isterinya koma, Jeffri tidak lupa akan tanggungjawabnya terhadap Intan Maliana. Dia menjaga isterinya dengan sepenuh kasih sayang. Meskipun kasih sayang Jeffri terhadap Intan Maliana amat mendalam, dia turut berasa sunyi tanpa pasangan yang dapat berkongsi perasaan dan pengalaman hidupnya. Jeffri menjalinkan hubungan intim dengan Aisyah, salah seorang pelajarnya di universiti dan akhirnya mengambil Aisyah sebagai isteri yang sah. Sekali lagi Jeffri berasa bahagia dan gembira dengan kehadiran wanita yang mampu membahagiakannya. Walau bagaimanapun, kasih sayangnya terhadap Intan Maliana dan Intan Julia tidak pernah pudar.

Apabila Intan Maliana meninggal dunia, Jeffri menangis buat kali pertama dalam hidupnya kerana dia berasa cukup sedih atas kehilangan insan sangat disayanginya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email