Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Isnin, Januari 20, 2014

Ejaan Tepat - Kata Majmuk yang Sudah Mantap Penggunaannya (dieja bercantum)


Kata majmuk - kata yang terbentuk daripada dua atau lebih perkataan yang dapat menghasilkan makna perkataan yang baru. Senarai di bawah merupakan kata majmuk yang sudah mantap penggunaannya dan dieja bercantum (ditulis rapat).

  • antarabangsa
  • beritahu
  • bumiputera
  • jawatankuasa
  • kakitangan
  • kerjasama
  • olahraga
  • matahari
  • setiausaha
  • sukarela
  • suruhanjaya
  • tandatangan
  • tanggungjawab
  • warganegara
  • pesuruhjaya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email