Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Januari 16, 2014

Latihan Pantun Dua Kerat (Nasihat) - Antologi Kasut Kelopak Jantung Tingkatan 1


Latihan Objektif - Pantun Dua Kerat (Nasihat) - Antologi Kasut Kelopak Jantung Tingkatan 1


1. Frasa 'sudah kena jentik, baru nak diam' dalam puisi bermaksud...

A. tidak melawan setelah dihukum.    
B. pandai membawa diri setelah dimarahi
C. mendiamkan diri setelah dihukum
D. memohon maaf setelah melakukan kesalahan.


2. 'Periuk belanga' dalam pantun ini merujuk kepada...

A. alat penyukat
B. alat perhiasan
C. alat memasak
D. alat pertukangan


3. Apakah pesanan pemantun dalam rangkap keempat?

A. orang yang tidak bergerak tidak akan sakit
B. orang yang malas akan rugi
C. orang yang degil akan dipulaukan
D. orang yang ingkar tidak akan mendapat apa-apa


4. Mesej yang terdapat dalam rangkap kelima ialah...

A. orang yang cerdas akan dapat belajar dengan cepat.
B. orang yang tenang akan hidup gembira
C. orang yang rajin berfikir akan cepat pandai.
D. orang yang bijak mudah diajak berunding.


5. Apakah nilai murni yang terdapat dalam rangkap keenam?

A. Berani berdikari                 
B. Berani menghadapi segala akibat
C. Berani kerana benar                                   
D. Berani mempertahankan pendirian.


       Pecah kaca pecah gelas

6. Pengulangan kata pecah dalam baris di atas ialah...

A. anafora
B. repetisi
C. epifora
D. sinkope


7. Pada pendapat anda, mengapakah pengarang meminta rakannya membalas surat yang telah dikirimkan?

A. supaya mereka dapat mengekalkan persahabatan.
B. supaya pengarang mengetahui kedudukan rakannya.
C. Supaya mereka dapat berkongsi pengalaman hidup.
D. Supaya pengarang dapat menghubungi rakannya pada bila-bila masa.


8. Yang manakah antara yang berikut bukan unsur alam yang dapat ditemukan dalam Pantun Dua Kerat (Nasihat)?

A. daun keladi
B. ikan siakap
C. siang malam
D. tembaga suasa


9. Nyatakan satu ciri Pantun Dua Kerat (Nasihat).

A. Rima akhirnya abab.
B. Jumlah suku katanya adalah bebas.
C. Bunyi suku kata pada hujung baris adalah sama.
D. Terdiri daripada satu baris pembayang dan satu baris maksud.


10. Pernyataan yang berikut ialah ciri-ciri bentuk Pantun Dua Kerat (Nasihat), kecuali...

A. rima akhirnya ialah aaaa
B. ada pembayang maksud
C. mempunyai sepuluh rangkap
D. pantun terikat dan tidak bebas


Entri berkaitan: Kupasan  Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email