Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, Januari 08, 2014

Novel Melunas Rindu - Latar



Latar

(1) Latar Tempat

  • Di Danau Seberang - Tempat tinggal Fuad bersama dengan keluarga angkatnya, Mak Salmah dan Pak Ismail.
  • Di Sekolah Menengah Seri Setia - Farhana, Cikgu Abas dan Cikgu Zamani bertugas sebagai guru di sekolah tersebut.
  • Di Sungai Ruan - Fuad dibesarkan oleh bapa saudaranya, Peter Lim dan Swee Lan.
  • Di Kampung Sedili, Kuala Lipis - Fuad mencari pusara ibunya, Mariana yang disangkanya telah meninggal dunia.
  • Di Restoran Terapung di Taman Syahbandar - Fuad mengajak Farhana makan di restoran tersebut untuk meraikan hari lahir Farhana.


(2) Latar Masa

  • Pada waktu pagi - Fuad keluar pada waktu pagi untuk melaporkan diri sebagai guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia.
  • Pada waktu senja - Mak Salmah menegur Fuad kerana pulang hampir waktu Maghrib.
  • Pada Waktu petang - Fuad mengajak Farhana keluar dan makan pada hari lahir Farhana pada waktu petang.
  • Pada waktu malam - Fuad pergi ke rumah Cikgu Zamani yang menjemputnya untuk makan malam.
  • Ketika berlaku rusuhan kaum 13 Mei 1969 - berlaku pergaduhan antara kaum Cina dengan Melayu sehingga Mariana mengalami kesukaran untuk mencari anaknya, Abdul Halim yang dilarikan oleh keluarga suaminya.


(3) Latar Masyarakat

  • Masyarakat guru yang berdedikasi terhadap kerjaya - Meskipun cuma menjawat jawatan guru sandaran, Fuad menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang dan dedikasi.
  • Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa - Keluarga Fuad terdiri daripada kaum Cina, iaitu bapanya Robert Lim manakala ibunya, Mariana kaum Melayu.
  • Masyarakat yang tahu membalas jasa - Fuad membalas budi keluarga bapa angkatnya, Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini dengan membayar yuran peperiksaan STPM Ah Soh.
  • Masyarakat yang sedar akan kesalahan diri dan berusaha untuk menebus kembali - Fuad berusaha untuk mengambil hati Mak Salmah kerana sedar akan kesilapannya melarikan Sofia untuk dipulangkan kepada keluarga kandungnya.
  • Masyarakat yang bersimpati terhadap kesulitan orang lain - Robert Lim menghulurkan bantuan kepada adiknya, Peter Lim yang hidup dalam kesusahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email