Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Selasa, Januari 07, 2014

Novel Melunas Rindu - Teknik Plot



Teknik Plot

1.   Teknik pemerian - Pengarang memerihalkan kesesakan jalan raya di bandar Kuala Terengganu.


2.   Teknik dialog - Dialog antara Fuad dan Pak Mail ketika menyatakan hasratnya untuk membeli tanah milik Awang Sojar.

          “Betul Pak Mail.”
          “Berduit engkau?”


3.   Monolog
  • Farhana bermonolog tentang penilaiannya terhadap tingkah laku dan pemikiran Fuad yang sudah hampir dua bulan mengajar di Sekolah Menengah Seri Setia.
  • Fuad bermimpi bertemu ibu kandungnya.
  • Fuad bermonolog tentang kebahagiaannya jika ibunya masih hidup serta bersedia untuk mendengar dan meleraikan keresahannya.

4.   Monolog Dalaman

Fuad telah tamat belajar muqaddam, sudah kenal huruf dan tahu barisnya...Sememangnya dia terang hati, begitu fikir Ismail selalu.

5.   Imbas kembali
  • Fuad terkenang semasa dia mula-mula menetap di Danau Seberang.
  • Ingatan ibu Farhana terhadap arwah suaminya, Fakhrudin yang meninggal dunia disebabkan pembengkakan pada ususnya.


6.   Saspens – Fuad berdebar-debar apabila mendapati nama ibu Farhana sama seperti nama ibu kandungnya.

          Mariana? Mariana binti Osman? Bukankah...? 

7.   Kejutan – Fuad, Pak Ngah Lias dan Said terkejut apabila mendapat tahu bahawa ibu kandung Fuad masih hidup.

          “Memang adik Mariah tu bersalin di sini tapi...bukannya meninggal,”... 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email