Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, Februari 19, 2014

Kerangka Karangan Perbahasan - Teknologi Maklumat Lebih Banyak Membawa Kebaikan daripada Keburukan


Soalan: 
Anda ialah pembangkang dalam suatu pertandingan bahas yang diadakan di sekolah anda. Tajuk perbahasan itu ialah "Teknologi Maklumat Lebih Banyak Membawa Kebaikan daripada Keburukan". Tulis hujah-hujah untuk membangkang tajuk tersebut.


Pendahuluan
  • kata-kata aluan - menyatakan tajuk perbahasan - menyatakan pendirian - tidak bersetuju dengan tajuk perbahasan

Isi-isi penting
  • banyak berlaku jenayah siber - Internet dijadikan saluran untuk pelbagai aktiviti jenayah - contoh: mengeksport bahan lucah/unsur-unsur negatif, perjudian, penyebaran bahan cetak rompak - meracuni pemikiran dan merosakkan jiwa masyarakat
  • berlaku penyalahgunaan Internet - dek kerana informasi berada di hujung jari - seseorang dapat mempelajari dan mendapatkan maklumat cara-cara untuk menghasilkan bom, melakukan rompakan dan membeli senjata api - ada juga yang menceroboh pangkalan data sulit, pecah amanah dan memalsukan data
  • kes penipuan semakin meningkat - banyak berlaku penipuan - contoh: jual beli di Internet, banyak peniaga yang tidak jujur - menipu pembeli, menggunakan kata laluan individu lain untuk masuk ke akaun bank - memindahkan wang tersebut ke akaun sendiri - ada juga penceroboh yang suka menyebar virus ke sistem komputer orang lain untuk merosakkannya
  • memudahkan penyebaran unsur-unsur pornografi - terlalu mudah untuk diakses tidak kira usia atau golongan - merosakkan akhlak - artis-artis turut menjadi bahan eksploitasi - gambar mereka dicantum dengan gambar lucah menggunakan teknik super impose - memalukan dan menjatuhkan maruah

Penutup
  • menyatakan pendirian dengan tegas - hujah-hujah lain akan dikemukakan oleh rakan yang lain.
Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

2 ulasan:

  1. sy juga bersutuju kerana internet lebih banyak medatangkan kebaikan daripada keburukan.......siapa bersutuju dengan saya...sila angkat tangan?>V<(i'm a girl)

    BalasPadam
  2. saya sangattttttttttttt setuju......

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email