Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Isnin, Februari 17, 2014

Novel PAPA...(akhirnya kau tewas jua!) - Plot


PLOT
Plot novel Papa (akhirnya kau tewas jua!) adalah mengikut kronologi atau perkembangan peristiwa mengikut urutan masa.

  • Peringkat permulaan atau eksposisi
Pembaca novel diperkenalkan dengan watak utama iaitu Intan Julia dan keluarganya Papa(Jeffri) dan Mama (Intan Maliana) yang digambarkan begitu bahagia. Mak Cik Noraini, pembantu rumah keluarga itu menceritakan tentang perhubungan Jeffri dengan Intan Maliana kepada Intan Julia. Mereka mengajar di sekolah yang sama dan berkahwin. Sebagai anak, Julia berasa bangga kerana mempunyai sebuah keluarga yang dibentuk atas dasar kasih sayang seorang suami yang tidak berbelah bahagi terhadap isterinya.Intan Julia berharap dia juga akan mendapat pasangan atau suami seperti bapanya pada suatu hari nanti.


  • Peringkat perkembangan
Jeffri dan Intan Maliana pulang dari hospital. Jeffri memaklumkan bahawa Intan Maliana mengandung sekali lagi. Berita itu mengejutkan Mak Cik Noraini yang bimbang terhadap keadaan mama yang berbadan dua. Mak Cik Noraini telah menasihatkan agar Intan Maliana memikirkan kembali keputusannya untuk melahirkan anak sekali lagi. Intan Maliana mempunyai sejarah perubatan yang kronik semasa melahirkan Intan Julia. Intan Maliana telah kehilangan banyak darah dan koma. Intan Maliana juga telah dinasihatkan oleh kawannya Suzie agar menggugurkan kandungan itu. Namun kerana sayang dan tanggungjawab kepada suaminya Jeffri, dia enggan menggugurkannya.

Kandungan Intan Maliana semakin besar. Maliana juga risau dengan kandungannya dan proses bersalin kemudiannya. Namun Jeffri memberikan semangat dan dorongan serta menyerahkannya kepada takdir. Setelah sampai ketika, Intan Maliana sakit pada awal pagi. Dia dihantar ke hospital dan terpaksa melalui pembedahan untuk mengeluarkan bayi. Malangnya anak itu kembar siam dan sudah meninggal dalam kandungan. Intan Maliana kehilangan banyak darah dan koma.

Papa tidak menitiskan air matanya ketika berdepan dengan situasi tersebut. Papa kelihatan tenang dan tabah. Walaupun anak kembar tersebut meninggal dunia, papa tetap memberikan mereka nama, iaitu Ahmad dan Muhammad. Jenazah mereka selamat dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran rumah mereka.

Papa membuat keputusan membawa mama yang masih koma pulang ke rumah. Menurut papa, keadaan itu memudahkannya untuk menjaga mama. Kasih sayang papa tidak pudar walaupun mama tidak dapat berkongsi pengalaman hidupnya dengan papa.

Selain daripada konflik itu, Intan Julia juga melalui konflik. Dia ditegah oleh papa daripada berkawan dengan Rasylan kerana Rasylan anak luar nikah. Intan Julia dimarahi oleh papa apabila masih keluar dengan Rasylan. Intan Julia juga menghadapi konflik dalam dirinya apabila pengarang memperkenalkan watak Aisyah. Intan Julia berkenalan dengan Asiyah semasa dia bermain tennis dengan papa. Dia tidak senang hati dengan perhubungan papa dengan Aisyah. Dia terserempak dengan papa dan Aisyah sebanyak tiga kali di restoran makanan segera. Dia mengesyaki papa mempunyai hubungan dengan Aisyah.


  • Peringkat klimaks
Papa menyuarakan hasratnya untuk menikahi Aisyah. Berlaku konflik antara Intan Julia dengan papanya. Bagi Julia, papa telah mengkhianati kesetiaan mama kerana mahu berkahwin lagi.


  • Peringkat Peleraian
Aisyah yang sudah menjadi isteri kedua Jeffri mengandung anak pertama mereka. Intan Maliana yang koma selama lebih kurang tiga tahun tersedar, namun meninggal dunia selepas mengetahui suaminya berkahwin dengan Aisyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email