Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, April 27, 2014

Kerangka Karangan Syarahan - Guru Cemerlang Murid Terbilang


Contoh Soalan:
Kamu terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk syarahan kamu ialah “Guru Cemerlang Murid Terbilang”. Tulis syarahan kamu selengkapnya.


Pendahuluan
  • ucapan alu – aluan kepada Pengerusi Majlis, barisan hakim dan hadirin yang hadir – menyatakan tajuk syarahan - penjelasan mengenai tajuk

Isi – isi
  • kecemerlangan seorang guru amat penting – guru mesti berilmu untuk mendidik murid – perlu memahami sikap murid – menyemaikan matlamat hidup kepada murid
  • guru perlu berusaha gigih agar murid berjaya – aktiviti pengkayaan dan pemulihan dijalankan dalam kelas – kelemahan murid dapat diatasi
  • murid cemerlang dalam akademik dan kokurikulum – berkat bimbingan dan dorongan daripada guru cemerlang
  • guru cemerlang perlu mempunyai nilai moral dan daya kepimpinan yang tinggi – menjadi idola kepada murid – murid

Penutup
  • guru cemerlang ibarat lilin yang membakar diri bagi menerangi orang lain – ucapan terima kasih

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email