Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Mei 04, 2014

Kupasan Pantun Empat Kerat (Muafakat), antologi Harga Sebuah Lukisan


Untuk teks pantun, klik di sini.

Tema
Amalan bermuafakat dan kerjasama dalam masyarakat akan membawa kesejahteraan.


Persoalan
  1. Pentingnya bersama-sama dalam keadaan susah mahupun senang.
  2. Kepentingan kemuafakatan dalam hidup bersama.
  3. Sikap saling mempercayai dalam melestarikan kemuafakatan.
  4. Sikap saling menghormati merupakan teras muafakat.
  5. Pentingnya mempraktikkan amalan berkancang atau bergotong-royong.
  6. Sikap bertolak ansur penting untuk menjayakan muafakat.
  7. Kesepakatan dalam masyarakat mengukuhkan perpaduan.

Bentuk
(a) Bentuknya terikat.
(b) Pantun ini terdiri daripada enam rangkap.
(c) Pantun ini berisi empat baris serangkap.
(d) Pantun ini ada pembayang (baris pertama dan kedua) dan ada maksud (baris ketiga dan keempat).
(e) Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris.
(f) Setiap baris pantun ini terdiri daripada sembilan hingga lima belas suku kata sebaris.
(g) Rima akhir pantun ini ialah abab.


Unsur-unsur Bunyi

Asonansi – pengulangan bunyi vokal
Contoh: Usaha bersama membawa bahagia (pengulangan vokal a)

Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan
Contoh: Indah sungguh warna pelangi (pengulangan konsonan n)


Gaya Bahasa 
  • Anafora – pengulangan kata pada awal baris
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

  • Responsi – pengulangan kata pada tengah-tengah baris
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

  • Repetisi – pengulangan kata
Hidup muafakat, hidup bahagia.

  • Inversi
Bergotong-royong penduduk sekampung.

  • Imej alam – penggunaan unsur alam semula jadi
pelangi, senja, lurah, buah salak, paya, kangkung, beras, sawah padi, bunga melati.

  • Peribahasa
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.


Nilai

(a) Muafakat - Kesepakatan dalam kalangan masyarakat membawa kepada kesejahteraan dalam kehidupan.

(b) Bekerjasama - Sikap sentiasa bekerjasama memudahkan pekerjaan yang kita lakukan bersama.

(c) Bertolak ansur - Rakyat yang mengamalkan sikap bertolak ansur akan menjamin kedamaian seebuah negara.

(d) Saling mempercayai - Persefahaman yang berkekalan akan wujud sekiranya masyarakat saling mempercayai antara satu sama lain.

(e) Hormat-menghormati - Masyarakat yang berbilang kaum sentiasa diseru agar saling menghormati agar kesejahteraan bersama akan wujud dan berkekalan.

(f) Perpaduan - Semua ahli masyarakat haruslah bersatu hati demi mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat.

Pengajaran

(a) Kita hendaklah menghadapi saat susah atau senang bersama-sama.
(b) Setiap anggota masyarakat hendaklah mengutamakan kesepakatan.
(c) Kita perlulah mengutamakan sikap bergotong-royong demi kepentingan bersama.
(d) Kita perlulah saling mempercayai antara satu sama lain.
(e) Kita hendaklah bersikap toleransi agar perpaduan dapat diperkukuh.
(f) Kita hendaklah mengamalkan sikap hormat-menghormati demi kesejahteraan hidup bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email