Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Jun 14, 2014

Kerangka Karangan - Kebaikan dan Keburukan Pusat Tuisyen kepada Pelajar

Soalan:
Kewujudan pusat tuisyen yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan memberikan implikasi yang besar kepada para pelajar. Tulis pendapat anda.

Pendahuluan
  • tuisyen seperti sudah menjadi keperluan buat pelajar - perkembangan ini membuatkan banyak institusi pengajaran seperti pusat tuisyen yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan - ada baik dan buruknya

Isi-isi
  • membantu para pelajar - dapat memahami sesuatu topik dengan lebih baik - di sekolah bilangan pelajar yang ramai dalam sebuah kelas menyukarkan tumpuan diberikan secara khusus buat setiap pelajar

  • mengurangkan beban ibu bapa - terutama yang berkerjaya - tidak sempat untuk memantau prestasi anak-anak di sekolah - hantar ke pusat tuisyen - dapat membantu memastikan peningkatan pencapaian anak-anak dalam pelajaran

  • pusat tuisyen - bersifat komersial - mementingkan keuntungan - keutamaan untuk memberi servis yang terbaik jatuh nombor dua - tidak mengutamakan kualiti - ada juga yang mengenakan yuran yang terlalu mahal - sukar untuk ibu bapa yang tidak mampu

  • jumlah masa yang terhad - kebiasaannya satu jam untuk satu subjek dalam seminggu - tidak cukup untuk menerangkan sesuatu topik secara terperinci

Penutup
  • pelajar dan ibu bapa - bijak memilih pusat tuisyen yang sesuai - alah membeli, menang memakai - berbaloi dengan wang - dapat memberi hasil yang positif

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email