Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Jun 14, 2014

Kerangka Karangan - Kesan-kesan Permainan Komputer Terhadap Remaja


Pendahuluan
  • remaja sangat suka bermain permainan komputer - perkara ini banyak mendatangkan keburukan


Isi-isi

  • menjadikan remaja leka dan lalai - terlalu asyik bermain permainan komputer hingga lupa jalani kehidupan harian seperti biasa - abaikan makan minum, lupa solat, lupa buat kerja rumah

  • mendorong remaja ponteng sekolah - terlalu ghairah bermain permainan komputer, sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk pergi ke pusat permainan komputer

  • membazir masa - sanggup menghabiskan masa berjam-jam setiap hari semata-mata untuk bermain permainan komputer - lebih baik digunakan masa itu untuk mengulang kaji pelajaran

  • membazir wang - sanggup menggunakan wang belanja sekolah yang diberi oleh ibu bapa untuk bermain permainan komputer di pusat beli belah atau kafe siber - sewajarnya wang itu digunakan untuk tujuan yang lebih berfaedah
  • terdedah pada gejala tidak sihat - permainan komputer memaparkan pergaduhan, adegan tembak-menembak, pakaian mencolok mata - remaja akan mudah terpengaruh - menjejaskan perilaku


Penutup
  • wajar mendapat pengawasan daripada ibu bapa - pemilik pusat permainan komputer perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan - tidak membenarkan remaja di bawah 18 tahun atau berpakaian sekolah memasuki premis perniagaan mereka

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.


1 ulasan:

  1. sangat baik.saya dapat menghuraikan isi karangan ini dengan mudah..

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email