Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Jun 14, 2014

Kerangka Karangan Perbahasan - "Menjadi Tuan Rumah Sukan Peringkat Antarabangsa Membazirkan Wang Negara".


Soalan:
"Menjadi Tuan Rumah Sukan Peringkat Antarabangsa Membazirkan Wang Negara". Bahaskan.

Pendahuluan
  • kata alu-aluan - tidak bersetuju dengan penyataan tersebut - Malaysia mempunyai rekod cemerlang sebagai tuan rumah acara sukan peringkat antarabangsa - banyak memberikan faedah kepada negara - bukannya satu pembaziran

Isi-isi
  • memperkenalkan negara kita kepada negara luar - negara yang menjadi tuan rumah akan disebut-sebut oleh masyarakat antarabangsa - mendapat perhatian - jadi tersohor di pentas dunia
  • memberikan pulangan yang lumayan - bayaran/caj yang dikenakan terhadap negara yang menghantar atlet ke temasya sukan di negara ini agak tinggi
  • kedatangan peminat sukan dari luar negara - menggalakkan industri pelancongan - sebagai tuan rumah kita dapat mempromosikan lokasi pelancongan menarik di Malaysia
  • mengeratkan hubungan negara dengan negara lain - aktiviti sukan dapat menjadi jambatan yang mewujudkan hubungan antarabangsa yang baik
  • berpeluang memperkenalkan adat dan budaya tempatan kepada masyarakat luar
  • kesempatan yang baik buat atlet dan rakyat negara kita - atlet negara dapat bersaing secara sihat dengan atlet hebat - masyarakat kita akan dapat timba pengalaman - boleh jadi sukarelawan - bantu menjayakan acara yang dianjur

Penutup
  • banyak faedah yang diperoleh - bawa manfaat yang banyak kepada rakyat dan negara - tegaskan sekali lagi pendirian yang tidak bersetuju dengan tajuk perbahasan



Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email