Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Jun 14, 2014

Kupasan Sajak Laut (Ismail Sharif)

Tema
Keindahan laut dan persekitarannya yang menyumbang terhadap kehidupan makhluk lain.


Persoalan
  • Keindahan alam anugerah ciptaan Ilahi.
  • Pergantungan kaum nelayan terhadap laut sebagai sumber rezeki.
  • Kehidupan fauna yang serasi dengan persekitaran laut.
  • Pemandangan matahari indah dan sentiasa menyinari hidupan laut.
  • Perasaan kasih dan cinta akan alam sekitar.


Bentuk
  • Sajak ini terdiri daripada enam rangkap.
  • Rima akhir adalah bebas.
  • Jumlah baris serangkap bebas. Contoh: Rangkap 1 (3 baris) manakala Rangkap 2 (4 baris).
  • Jumlah perkataan sebaris antara dua hingga lima patah perkataan.
  • Jumlah suku kata sebaris antara lima hingga empat belas suku kata.


Gaya Bahasa
  • Anafora
        Laut ini begitu biru
        Laut ini begitu luas
        Laut ini begitu indah

  • Personifikasi
  1. Laut ini begitu tenang
  2. ombak menyapa kaki
  3. angin pantai membelai
  4. burung laut menari-nari di sana

  • Sinkope
      membuatku bahagia.

  • Simile
      begitu gembira mereka menyanyi bagai berlumba

  • Asonansi
      Betapa bahagianya hati. (pengulangan vokal 'a')

  • Aliterasi
       dengan nyanyian ombak. (pengulangan konsonan 'n')



Pengajaran
  1. Kita hendaklah bersyukur dengan keindahan alam ciptaan tuhan – keindahan dan ketenangan di kawasan laut dapat memberi ketenangan.
  2. Kita perlulah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki – nelayan berusaha gigih bagi mendapatkan rezeki untuk menyara keluarga.
  3. Kita hendaklah menghargai keindahan alam yang Allah ciptakan di sekeliling kita.


Nilai
  1. Nilai kesyukuran - Bersyukur dengan nikmat keindahan alam yang mampu memberikan ketenangan dalam  hidup kita.
  2. Nilai kegigihan - Kegigihan nelayan mencari rezeki untuk menyara keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email