Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Jun 28, 2014

Sajak Keusangan Budaya (Kupasan)

KUPASAN SAJAK KEUSANGAN BUDAYA 

Tema
Peranan golongan muda dalam mempertahankan adat dan budaya Melayu.

Persoalan
  • Keindahan dan kesopanan budaya Melayu yang perlu dipertahankan.
  • Pengaruh budaya asing dalam budaya Melayu.
  • Kecenderungan anak-anak muda terhadap budaya asing selain melupakan budaya sendiri.
  • Harapan golongan tua agar budaya warisan terus dipertahankan.
   
Nada
Melankolik.

Bentuk
  • Berbentuk bebas.
  • Terdiri daripada lima rangkap.
  • Rangkap pertama mempunyai empat baris, rangkap kedua mempunyai lima baris, rangkap ketiga mempunyai enam baris, rangkap keempat mempunyai empat baris dan rangkap kelima mempunyai empat baris.
  • Bilangan kata - satu hingga lima patah kata sebaris
  • Terdiri daripada empat hingga empat belas suku kata sebaris.
  • Rima akhir rangkap pertama ialah aaab, rima akhir rangkap kedua ialah abbcc, rima akhir rangkap ketiga ialah abcdbb, rima akhir rangkap keempat ialah aaaa dan rima akhir rangkap kelima ialah abbb.

Unsur Bunyi & Gaya Bahasa
 
  • Asonansi
(pengulangan vokal a)
kelihatan sang dara bersimpuh ayu, berbaju Melayu warisan bangsa, menganyam segar.
   
(pengulangan vokal e)
bersalut songket tenunan Melayu, meniup seruling bambu.

(pengulangan vokal u)
tubuh-tubuh lesu, merdu dan sayu.


  • Aliterasi
(pengulangan konsonan d)
Ayahanda bonda di pondok.

(pengulangan konsonan g)
tiada juga teruna gagah.
   
(pengulangan konsonan m)
irama gamat menodai kedamaian.


  • Anafora (pengulangan kata pada awal baris).
Contohnya, kata tiada pada rangkap ketiga baris 2 dan 3; kata tubuh-tubuh pada rangkap ketiga baris 5 dan 6.


  • Personifikasi
irama gamat menodai kedamaian, seruling bambu diam keusangan, songket dan batik muram disisihkan.

  • Inversi
tiada lagi sang dara ayu



Nilai
  • Kesopanan. Contohnya, memelihara tingkah laku.
  • Kerajinan. Contohnya, sentiasa mengamalkan sikap ringan tulang.
  • Bertanggungjawab. Contohnya, mempertahankan warisan.
  • Penghargaan. Contohnya, menghargai budaya bangsa.

Pengajaran
  • Kita hendaklah mengekalkan warisan pakaian tradisional.
  • Kita janganlah mudah terpengaruh oleh budaya asing.
  • Kita mestilah mempunyai jati diri.
  • Kita haruslah rajin berusaha.
  • Kita perlulah menjaga perasaan golongan tua.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email