Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Jun 14, 2014

Sajak Laut (Ismail Sharif) - Maksud



          Laut ini begitu biru
          laut ini begitu luas
          laut ini begitu indah.


Penyajak menggambarkan keadaan laut yang begitu biru, luas dan indah.

           
          Betapa bahagianya hati
          laut ini membuatku bahagia
          laut ini begitu tenang
          begitu kaya.


Penyajak melafazkan betapa laut telah membuatkan hatinya begitu bahagia. Laut juga begitu tenang, kaya dan punya pesonanya sendiri.


          Kulihat pasir putih
          kulihat kerang
          kurasakan ombak menyapa kaki
          angin pantai membelai.

Penyajak melihat pasir putih dan juga kerang. Kaki penyajak terkena ombak, manakala angin pantai membelai dirinya.


          Seorang nelayan jauh di sana
          berdiri di atas perahu kecil
          menebarkan jala
          mencari ikan untuk keluarga.

Penyajak melihat seorang nelayan di kejauhan berdiri di atas sebuah perahu kecil sambil menebarkan jala. Dia menangkap ikan untuk menyara keluarga.


          Burung-burung laut menari-nari di sana
          mengepak-ngepakkan sayapnya
          begitu gembira mereka bernyanyi
          bagai berlumba
          dengan nyanyian ombak.


Gelagat burung-burung laut yang mengepakkan sayap sambil berkicau riang menarik perhatian penyajak. Kicauan burung laut saling bertingkah dengan deruan ombak.


          Setengah matahari kulihat di seberang
          di seberang laut biru ini
          bagai malu-malu ia mengintip
          namun dengan setia
          memberi sinarnya.

Matahari berbentuk separuh bulat kelihatan muncul di seberang laut yang membiru. Matahari tetap dengan fungsinya memberikan sinaran.


          Hai, laut biru
          hari ini juga aku nyatakan
          kau adalah saudaraku!

Penyajak menganggap bahawa dirinya dan laut biru adalah bersaudara. Dalam erti kata lain, penyajak merasakan dirinya telah benar-benar sebati dan begitu menyayangi laut biru itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email