Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Julai 10, 2014

Aktiviti Perbahasan - Laman Sosial Lebih Banyak Mendatangkan Keburukan daripada Kebaikan

Ini aktiviti kumpulan pelajar Tingkatan 3 beberapa bulan lepas. Baru berkesempatan untuk dimuatkan di sini. Asalnya mereka dibahagikan kepada dua kumpulan, tetapi atas salah faham sesama mereka, hanya tinggal Asri sebagai panel pembangkang.

Di bawah merupakan isi-isi hasil perbincangan mereka. Jika kalian ada idea tambahan, jangan segan silu untuk berikan pandangan di ruangan komen.

Barisan Pencadang

Faris, Khairul, Akmal dan Zul
  • melalaikan - leka di laman sosial - rutin harian terabai - tidak buat kerja sekolah - tidak solat - sebagai pelajar, fokus kepada pelajaran terganggu
  • membuang masa - masa sepatutnya dimanfaatkan dengan melakukan perkara-perkara yang lebih berfaedah
  • medan penyebaran fitnah
  • terjebak dengan jenayah siber - curi identiti, penipuan dalam jual beli secara 'online'
  • kesan negatif kepada penggunaan bahasa
  • gangguan kepada kesihatan fizikal dan mental
  • terdedah kepada unsur negatif - budaya kuning dari Barat, pornografi
  • mengurangkan produktiviti - asyik duduk menghadap komputer dan gajet lain
  • merosakkan minda - ketagih dengan laman sosial
  • boleh mengakibatkan masalah rumah tangga - perselisihan faham antara ahli keluarga - serius hingga boleh menyebabkan perceraian
  • melahirkan masyarakat yang pasif, malas berfikir dan pergaulan secara realiti akan terhakis

Barisan Pembangkang

Asri
  • Dapat bertemu dan berbual dengan kenalan lama dan baru
  • Mengulang kaji pelajaran bersama kawan-kawan - tanpa perlu berkumpul mengadakan perbincangan selepas waktu sekolah - jumpa di laman sosial - buka tajuk perbincangan
  • Medium yang sesuai untuk penyebaran dakwah dan nilai-nilai positif
  • Membuka minda - bergaul dengan rakan-rakan daripada pelbagai cara hidup dan budaya
  • Memberi peluang pekerjaan - melalui laman sosial peluang-peluang pekerjaan yang ada diiklankan
  • Peluang yang luas untuk menambahkan pendapatan - berniaga



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email