Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Julai 13, 2014

Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan - Kesan-kesan Budaya Lepak dalam Kalangan Remaja


Pendahuluan
menjadi tabiat dalam kalangan remaja - berpeleseran membuang masa - berbual-bual tentang perkara yang tidak berfaedah

Isi-isi Penting
  • kerosakan akhlak remaja - pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batasan - mendorong terjadinya perkara yang tidak baik yang meruntuhkan moral- turut menjelekkan pemandangan di pusat beli belah
  • meningkatkan kadar jenayah - tidak melakukan sebarang pekerjaan tetapi memerlukan kewangan dan belanja besar untuk menghabiskan masa dengan rakan - mula terpengaruh untuk mencuri dan meragut
  • merosakkan institusi kekeluargaan dan masyarakat - anak-anak yang suka memberontak - tidak mahu mendengar nasihat - lebih mendengar kata-kata rakan sebaya
  • melahirkan generasi pemimpin dan pekerja yang tidak berkualiti - suka membuang masa - tidak ada matlamat - lebih suka berhibur daripada menyumbangkan bakti kepada negara

Penutup
sewajarnya remaja lebih serius menimba ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti bermanfaat - masa depan negara bergantung pada remaja

4 ulasan:

  1. Tiada Karangan Ah Tentang Kesan Budaya Lepak ! Tapi Ada Isi Sahaja

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email