Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Julai 10, 2014

PT3 Geografi 2014 - Punca-punca Berlakunya Pencemaran Udara

PT3 Geografi 2014

Punca-punca Berlakunya Pencemaran Udara (Cadangan Isi - Pilih isi yang relevan dengan kawasan kajian dan huraikan)


  • asap kenderaan bermotor dan asap kilang - mengandungi gas nitrogen oksida, karbon dioksida dan karbon monoksida - keadaan menjadi semakin buruk dengan pertambahan penggunaan kenderaan bermotor dan kawasan perindustrian dalam satu-satu kawasan
  • pembakaran terbuka - asap dan debu daripada pembakaran terbuka menghasilkan gas, partikel halus an habuk halus terampai di atmosfera - aktiviti membakar sampah sarap, pembakaran sisa kayu selepas penebangan hutan menyebabkan jerebu - pencemaran udara meningkat
  • pembebasan klorofluorokarbon (CFC) melalui penggunaan alat pendingin hawa, semburan penyembur aerosol dan peti sejuk
  • kelemahan pengurusan pihak berkuasa - gagal memantau kualiti udara dengan baik - penguatkuasaan undang-undang yang lemah
  • pembangunan bandar yang pesat - kawasan hutan digondolkan, tanah diratakan - kawasan lapang yang terdedah - debu dan habuk terampai di udara
  • aktiviti pelupusan sampah - pencemaran bau dan udara
  • penggunaan racun serangga dan perosak dalam kegiatan pertanian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email