Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Julai 06, 2014

PT3 Sejarah 2014 - Faktor-faktor yang Menyumbang Ke Arah Pengukuhan Perpaduan Kaum

PT3 Sejarah 2014

Faktor-faktor yang Menyumbang Ke Arah Pengukuhan Perpaduan Kaum

Peristiwa 13 Mei
Insiden berdarah 13 Mei - jelas menunjukkan tanpa elemen muafakat dalam masyarakat - negara akan jadi porak-peranda dan berantakan - kesedaran telah timbul untuk menyatupadukan kaum-kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua anggota masyarakat.
  •  Dasar Ekonomi Baru (1970) - cuba mengatasi kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi.
  • MAGERAN pada (1969)- mengembalikan keamanan, menentukan pentadbiran yang lebih licin dan sempurna dan mengembalikan keharmonian dan saling percaya antara kaum. 
  • Jabatan Perpaduan Negara(JPN) (1969) - membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara.
  • Majlis Muhibah Negara(MMN) (1969) - memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela.
  • Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (Gabungan JPN dan MMN) - mengelolakan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum

Sistem Pendidikan Penjajah & Dasar Pendidikan Kebangsaan
Sistem pendidikan penjajah -  sistem pendidikan yang berasingan - halatuju berbeza - menyebabkan interaksi para pelajar yang berbeza kaum sangat terhad - kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu - melalui Penyata Razak 1956 & dimaktubkan dlm Ordinan Pelajaran, 1957 dilaksanakan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah. Elemen ini dikaji dan disemak semula pada tahun 1960 - menghasilkan Laporan Rahman Talib dan dimaktubkan dlm Akta Pelajaran, 1961.

Penambahbaikan telah dilakukan dalam kurikulum. Antara usaha telah dilaksanakan antaranya adalah:
  • Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.
  • Kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.
  • Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.
  • Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya - menyediakan pendidikan yangg menyeluruh, seimbang & bersepadu;
  • Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang & mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil & memberi perhatian khas kepada golongan yang kurang bernasib baik & kawasan luar bandar atau pedalaman.

Penubuhan parti politik
Penubuhan parti politik di negara kita bermula sekitar 1940 - wujudnya kesedaran politik rentetan pengenalan Malayan Union - UMNO , MCA dan MIC ditubuhkan dengan objektif awal untuk membela kedudukan kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Terbentuknya Parti Perikatan hasil gabungan UMNO, MCA dan MIC - merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang politik yang bermuafakat dalam usaha memuju kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan - perpaduan kaum dibentuk bagi menjamin keadaan negara yang aman dan damai - rakyat dapat bekerjasama antara satu sama lain.



24 ulasan:

  1. thks 2 do pt3

    BalasPadam
  2. Thanks for helping :))

    BalasPadam
  3. THANKSSS :))

    BalasPadam
  4. thank you so much :)

    BalasPadam
  5. Blh tlg bgi rangka isu-isu perpaduan kaum

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, cikgu tak sempat nak buat entri utk isu-isu perpaduan kaum. Adik boleh sentuh mengenai:

      Pendudukan Jepun
      Dasar pecah dan perintah British
      Sistem pendidikan zaman British
      Peristiwa 13 Mei
      Isu perbezaan agama, resam dan cara hidup

      Semua isi melibatkan pelbagai kaum. Jadi adik perlu hurai kedudukan/posisi kaum-kaum dalam isi di atas.

      Padam
  6. sangat membantu , terima kasih :)

    BalasPadam
  7. thanks a lot >< ..

    BalasPadam
  8. Sebenarnya apa yang harus ditulis bagi faktor menyumbang kepada pengukuhan perpaduan? Sesuatu perkara yang merosakkan perpaduan sehingga menimbul kesedaran untuk mengukuhkan perpaduan? Atau perkara yang boleh membantu dalam usaha perpaduan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. perkara/insiden yang mendorong ke arah terbentuknya perpaduan kaum
      dalam erti kata lain, apa yang membuatkan rakyat sedar bahawa perpaduan kaum itu penting dan perlu diperkukuhkan

      Padam
  9. cpa nma penulis artikel ni...

    BalasPadam
  10. Hi! For the peristiwa 13 Mei factor, the one in bullet points , are they examples on how it contributes to strengthen perpaduan? thanks

    BalasPadam
  11. Bagaimana dengan sikap toleransi yang dilakukan dalam kalangan rakyat ?

    BalasPadam
  12. Boleh bagi rangka untuk cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum

    BalasPadam
  13. thakss , ini sngat membantu ..

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email