Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Julai 03, 2014

PT3 Sejarah 2014 - Kepentingan Perpaduan Kaum

PT3 Sejarah 2014


Kepentingan Perpaduan Kaum

  • Membina struktur masyarakat yang hidup harmoni
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum mempunyai amalan, budaya dan keinginan yang berbeza-beza - sekiranya perpaduan kaum dapat dicapai - dapat membentuk masyarakat yang bermuafakat dan mempunyai aspirasi yang sama - hidup aman dan harmoni tanpa sengketa

  • Membentuk masyarakat yang saling menghormati tanpa mengira status, agama atau bangsa
Perpaduan dijadikan teras dalam hidup bermasyarakat - tidak timbul isu status, agama atau bangsa yang berbeza - setiap ahli masyarakat akan belajar menghormati antara satu sama lain - bergabung atas nama 1Malaysia - rakyat yang membawa identiti Malaysia, bukan hanya bangsa atau kaum tertentu

  • Memupuk semangat patriotisme atau cinta akan negara
Apabila semangat perpaduan telah meresap dalam jiwa masyarakat - semangat patriotisme akan dapat disemai dan dipupuk - semuanya hidup bersatu padu - sama-sama akan gembleng tenaga agar keamanan dan kesejahteraan negara dapat dilestarikan

  • Memelihara kedaulatan negara
Rakyat yang memiliki semangat cinta akan negara - kuat mempertahankan negara - mengekalkan kemerdekaan - menangkis campurtangan kuasa luar - kedaulatan negara terpelihara - keselamatan negara lebih terjamin

  • Meningkatkan imej negara di mata dunia
Perpaduan kaum antara tulang belakang kejayaan negara - rakyatnya yang berbilang kaum - hidup bersama-sama - memancing perhatian dunia - bagaimana rakyat boleh hidup bersatu-padu? - amalan perpaduan inilah yang menaikkan nama Malaysia

  • Membangunkan ekonomi negara
i. Menarik pelancong dari luar datang ke Malaysia - selain keindahan tempat-tempat di Malaysia, amalan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum turut menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung
ii. Dapat mengelakkan penindasan ekonomi - apabila wujudnya perpaduan -  penindasan tidak akan berlaku - semua akan bersaing secara sihat dan adil

  • Mengekalkan kestabilan politik
Amalan perpaduan amat penting terutama sekali dalam pentadbiran negara - jabatan yang menjalankan fungsi pentadbiran negara sama-sama berganding bahu tanpa mengira kaum, kestabilan politik dapat dikekalkan - struktur pentadbiran negara akan jadi lebih ampuh - politik yang stabil akan mengundang minat pelabur asing - pulangan lumayan buat negara




56 ulasan:

  1. amat membantu saya !
    terima kasih

    BalasPadam
  2. very good!!!

    BalasPadam
  3. terima kasih

    BalasPadam
  4. thank you! its really help me :D

    BalasPadam
  5. kalau huraian untuk menjamin keselamatan negara boleh??

    BalasPadam
    Balasan
    1. apakah huraian yang ada dalam menjamin keselamatan negara ?

      Padam
    2. apabila perpaduan kaum dapat dicapai - masyarakat hidup harmoni - tidak berpecah belah - tidak berbalah sesama sendiri - negara yang rakyatnya hidup bersatu padu - bebas daripada ancaman kuasa luar yang boleh memporak perandakan negara - keselamatan negara dapat dikekalkan

      Padam
  6. Trimas sedikit sebanyak dapat membatu saya...

    BalasPadam
  7. Thank you for the information

    BalasPadam
  8. Ahh, thx it really helps me xD

    BalasPadam
  9. sangat membantu saya untuk menyiapakan tugasan saya.thanks.

    BalasPadam
  10. Terima kasih !

    BalasPadam
  11. amat membantu saya ! terima kasih!

    BalasPadam
  12. Very good! thank you

    BalasPadam
  13. Sama-sama. Harap dpt bantu kalian utk dapatkan idea secara umum.

    BalasPadam
  14. very helpful ! thank you

    BalasPadam
  15. Thank alot

    BalasPadam
  16. Thank u so much. Appreciate it a lot :)

    BalasPadam
  17. thanks for u help

    BalasPadam
  18. kuasa yang terunggul tidak dapat dicari power

    BalasPadam
  19. jangan masuk benda positif di komen sahaja,ini komen negatif adalah baik untuk mamjukan diri sendiri oleh itu saya nak cakapkan tentang benda ni cuma ada kepentingan mana yang lain kamy bengong

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adik salah masuk blog ni. Yang perlu majukan diri ialah pelajar-pelajar seperti adik, yang hanya mahu semua benda sampai ke lutut. Belajar berusaha dan berfikir ye. By the way, have you taken your medicine, dear?

      Padam
  20. thank you for information , ni amat membantu saya dalam menyelesaikan kerja kursus sejarah pt3

    BalasPadam
  21. semua komen kamu tulis sendiri ke?

    BalasPadam
  22. kau ingat lu siapa buat benda buat baik sikit tak boleh?

    BalasPadam
  23. jangan kata tak negatif komen kamu ni post cpt negatif komen knpp semua terima kasih punya

    BalasPadam
  24. Cikgu telah maklumkan di halaman utama yang cikgu tidak bertanggungjawab untuk tunaikan 'permintaan' kalian. Sekiranya kalian tidak berpuas hati dengan apa yang kami kongsikan di sini, sila angkat kaki. Komen-komen negatif di atas tidak akan menjejaskan kami, sebaliknya memantulkan identiti diri kalian sendiri. Menuntut ilmu perlu beradab. Jangan marah jika bahan-bahan di sini mencukupi buat pelajar-pelajar lain, tetapi tidak buat kamu.

    BalasPadam
  25. terima kasih.. amat membantu saya untuk menyiapkan tugasan saya. terima kasih sekali lagi!!

    BalasPadam
  26. Alhamdulillah.... akhirnya jumpe jugak.... terima kasih ya... ia sangat3 membantu saya...

    BalasPadam
  27. Thank u very much

    BalasPadam
  28. Jika saya perlu huraian kepentingan perpaduan dalam kemerdekaan negara? boleh tolong saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. adik boleh guna isi kedaulatan negara - apabila rakyat bersatu padu - tiada pihak yang dapat memporakperandakan negara - ancaman kuasa luar tidak akan dapat tembus masuk mengganggu kesejahteraan negara - kemerdekaan negara akan terus dapat dipertahankan

      Padam
    2. Juga boleh sentuh mengenai:
      Terbentuknya Parti Perikatan hasil gabungan UMNO, MCA dan MIC - merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang politik yang bermuafakat dalam usaha memuju kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan

      Padam
  29. terima kasih cikgu......bnyk membantu saya,,,,semoga tuhan yg membalas jasa ckgu terhadAP KAMI SEMUE

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Terima kasih atas doanya. Cikgu doakan kalian semua berjaya. Hanya ini yang termampu cikgu bantu :)

      Padam
    2. Thank you... it's help me a lot

      Padam
  30. arigatou ghozaimas cikgu!!!btw,macam mana hendak buat isu-isu perpaduan?hanya kena tulis maksud perpaduan ka?

    BalasPadam
  31. arigatou ghozaimas!!!klau pengenalan tu,kena tulis isu-isu jgak ke?

    BalasPadam
  32. arigatou gozaimasu....

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email