Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Julai 05, 2014

PT3 Sejarah 2014 - Langkah-langkah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia.

PT3 Sejarah 2014


Langkah-langkah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia.

Kempen kerajaan

Pelbagai kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan di pelbagai peringkat untuk memupuk dan mengekalkan perpaduan kaum:
  • Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional - memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional.
  • Kempen Budi Bahasa Budaya Kita - menggalakkan rakyat Malaysia supaya berbudi bahasa - menghormati adat resam dan kebudayaan kaum lain - wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka

Gotong-royong/berkancang

Amalan bergotong royong di kawasan kediaman, sekolah, pejabat - mengeratkan hubungan - aktiviti kemasyarakatan seperti ini menuntut penyertaan setiap kaum - masyarakat bersatu padu memberikan sumbangan yang terbaik

Rumah terbuka

Penganjuran rumah terbuka semasa musim perayaan - mengundang kenalan datang ke rumah - peluang untuk saling mengenal antara satu sama lain - mengukuhkan ukhuwah sesama anggota masyarakat

Sambutan perayaan peringkat kebangsaan

Kerajaan menganjurkan sambutan perayaan peringkat negeri dan kebangsaan - rakyat berkumpul bersama-sama tanpa mengira kaum - sama-sama meraikan - melahirkan masyarakat majmuk yang hidup harmoni

Sambutan Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan

Sambutan sebegini memerlukan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat - pelbagai kaum dan peringkat umur - untuk menjayakan sambutan ini masyarakat majmuk akan sama-sama berusaha agar sambutan tahunan ini dapat direalisasikan dengan jayanya - penghayatan tema Hari Kebangsaan turut dapat menyemai perpaduan - contoh 'Keranamu Malaysia' - semua rakyat mengenepikan isu bangsa, agama dan budaya demi kesejahteraan negara - rakyat yang di bawah identiti 1 Malaysia dapat lebih menghargai erti kemerdekaan - menghargai keamanan yang dinikmati dan akan terus cuba melestarikannya.

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Dijalankan di semua sekolah rendah dan menengah - memastikan hubungan rapat dapat dijalin antara pelajar pelbagai kaum

Program PLKN

Remaja yang berumur 17 tahun ke atas - menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN - remaja yang terdiri daripada berbilang kaum hidup di bawah satu bumbung - belajar berinteraksi dan bergaul - terdedah kepada corak hidup masyarakat majmuk Malaysia - bersama-sama menjalankan pelbagai aktiviti yang bertunjangkan nilai kerjasama - memupuk perpaduan nasional

Aktiviti kokurikulum

Selain mendidik dan melatih pelajar agar lebih berdisiplin - menanam sikap saling menghormati sesama ahli pasukan - menghargai peranan setiap ahli - memupuk semangat bekerjasama - aktiviti kokurikulum yang dijalankan kebiasaannnya memerlukan penyertaan ahli pasukan secara berkumpulan - belajar menyesuaikan diri dengan ahli-ahli lain demi menjayakan sesuatu aktiviti

Penggunaan bahasa kebangsaan

Penggunaan satu bahasa iaitu Bahasa Malaysia sebagai wadah perhubungan dan komunikasi - membentuk persefahaman di antara semua kaum di Malaysia

Perlaksanaan Konsep 1Malaysia
diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib - memberi aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat - rakyat tidak lagi diklasifikasikan mengikut kaum/bangsa - semua membawa identiti Malaysia - perlu belajar menerima antara satu sama lain - sikap penerimaan antara kaum membawa kepada perpaduan yang utuh


7 ulasan:

  1. Terima Kasih

    BalasPadam
  2. TTTEEERRRIIIMMMAAA KKKAAASSSIIIHHH

    BalasPadam
  3. amat membantu..terima kasih sangat sangat

    BalasPadam
  4. trimak kaseh ya

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email