Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Ogos 16, 2014

Kerangka Karangan - Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Konsep cemerlang:-
  1. cemerlang akademik - pencapaian cemerlang dalam peperiksaa
  2. cemerlang kokurikulum - penglibatan, perkhidmatan / sumbangan, kepimpinan
  3. cemerlang disiplin - patuh peraturan, tepat masa, tugas selesai
  4. cemerlang sahsiah - sopan santun, boleh dipercayai, bertanggungjawab

Isi-isi:
  • fokus/beri perhatian semasa di dalam kelas
  • pandai mengurus masa dengan baik - bahagi masa untuk belajar, berehat, beriadah - kehidupan seimbang
  • aktif dan sihat - badan sihat, otak cerdas
  • pandai berdikari - tahu tanggungjawab, tidak perlu disuruh/dipaksa untuk belajar/menyiapkan tugasan sekolah
  • sentiasa bersiap sedia - mengulang kaji pelajaran - tidak menunggu hingga saat-saat akhir
  • mempunyai target/matlamat harian dan bulanan untuk berjaya
  • patuh dan taat kepada ibu, bapa, guru dan suruhan agama
  • sentiasa memberi pengaruh yang baik/positif kepada kawan-kawan

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

6 ulasan:

  1. Nurul Syazatul Aswani8 Februari 2015 3:25 PTG

    Bagus juga ini.dpt membntu

    BalasPadam
  2. cukup hebat best power

    BalasPadam
  3. Sangat membantu��

    BalasPadam
  4. kerangka yg sgt membantu

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email