Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Ogos 16, 2014

Kerangka Karangan - Usaha-usaha Membantu OKU


Usaha-usaha Membantu OKU

Individu & Masyarakat
  • memberikan derma atau sumbangan kepada mereka - menggunakan saluran yang betul - supaya tidak ditindas
  • bantu mereka menjalani kehidupan seperti orang biasa - untuk OKU Penglihatan - tuntun mereka lintas jalan, bacakan buku untuk mereka, gunakan bahasa isyarat dengan OKU Pendengaran
  • beri sokongan moral - usah cemuh/keji mereka - sebagai majikan, beri peluang pekerjaan - latih mereka supaya mereka boleh berdikari - jadi kawan yang baik buat mereka
  • menawarkan diri jadi sukarelawan di pusat kebajikan/OKU - beri sumbangan dari segi kudrat dan tenaga

Kerajaan
  • menyediakan lebih banyak prasarana/kemudahan khusus untuk OKU di tempat awam seperti lif, laluan tanjakan (ramp), tandas dan tempat parkir yang lebih luas
  • menubuhkan lebih banyak sekolah pendidikan khas untuk kanak-kanak OKU
  • menganjurkan kempen-kempen memupuk kesedaran orang ramai agar lebih prihatin terhadap OKU
  • wujudkan  program khas yang menawarkan keistimewaan buat OKU - contoh biasiswa pendidikan, skim perumahan

  Baca juga: Panduan Ketika Memimpin OKU Penglihatan



4 ulasan:

  1. teks sgt membantu. cuma perlu tambah lagi isi.. tq
    kalau boleh sertakan contoh yg lebih bnyk.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas pandangan.
      Insya-Allah, kami akan baiki apa yang kurang :)

      Padam
  2. BAGUS2 .. USAHA TERPUJI DARIPADA PIHAK CIK CRAYONS.. SEMOGA TERUS SUKSES AND MAY GOD BLESS YOU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Terima kasih. Moga kita sama-sama peroleh manfaatnya.

      Padam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email