Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, Ogos 06, 2014

Persediaan untuk Ujian Lisan PT3 - Bertutur

Sebelum Ujian
  • Siapkan diri. Baca contoh/kerangka/isi karangan yang berkaitan. Fokus pada karangan fakta, perbincangan dan bahas.
  • Latih minda untuk menghurai isi-isi penting menggunakan perkataan kamu sendiri. Berbincang bersama rakan-rakan amat membantu.
  • Pastikan kamu dapat rehat dan tidur yang cukup. Kamu perlu berada dalam keadaan terbaik, fokus dan berfikiran tajam.


Semasa Ujian
  • Dengar, fahami tajuk/topik yang diberikan.
  • Fikirkan isi-isi yang berkaitan dengan huraian dan contoh yang sesuai.
  • Jawab soalan dengan laras bahasa yang betul dan susunan ayat yang teratur.
  • Cuba bertutur dengan fasih. Elakkan pertuturan yang tersekat-sekat seperti "Mmmmm....", "Aaaaa,..." "Apa tu,..." Gunakan sebutan baku.
  • Elak menggunakan singkatan seperti tak, dah, nak. Sebaliknya guna perkataan penuh tidak, sudah, hendak.


*Bagi pelajar yang beragama Islam, bacalah doa di bawah berulang kali. Mudah-mudahan kamu tidak akan gementar dan dapat bertutur dengan lancar.



SELAMAT MAJU JAYA!




2 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email