Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, September 27, 2014

Kerangka Karangan - Perbuatan Vandalisme dan Kesannya

Perbuatan Vandalisme dan Kesan-kesannya

Pendahuluan
  • Perbuatan vandalisme semakin berleluasa - maksud vandalisme - perbuatan merosakkan harta benda awam atau persendirian dengan sengaja - perbuatan yang salah - tidak bermoral

Isi-isi Penting
  • merosakkan telefon awam - di kawasan kediaman, sekolah atau tempat awam - tidak dapat digunakan - menyusahkan orang ramai sekiranya berlaku sebarang kecemasan
  • taman permainan dimusnahkan - buaian dicabut, papan gelongsor dan jongkang-jongket dirosakkan - kanak-kanak tidak dapat bermain - terbiar - mencacatkan pandangan
  • merosakkan papan tanda - menyusahkan orang ramai - tidak dapat membaca maklumat pada papan tanda
  • menconteng dinding-dinding, merosakkan jambatan - kos meningkat untuk membaiki kemudahan-kemudahan yang rosak - perbuatan ini turut mencemarkan imej negara

Penutup
  • vandalisme perlu dibendung - tidak menular - dalam kalangan remaja - mengambil tindakan segera - meningkatkan kesedaran - pentingnya kemudahan awam - perlu dijaga dengan baik

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.


1 ulasan:

  1. Terima kasih . Saya boleh gunakan isi ini utk buat ulasan . Terima kasih again.

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email