Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, September 11, 2014

Kupasan Sajak Orang Tua (Puspa Rani a/p Munusamy)



Tema
Tema sajak ini ialah kesengsaraan yang dialami oleh warga tua akibat diabaikan oleh waris.

Persoalan
(i)    Penderitaan hidup warga tua.
(ii)    Sikap anak-anak yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengenang budi.
(iii)    Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

Nada - Sinis

Bentuk
  • Berbentuk bebas
  • Terdiri daripada empat rangkap
  • Berisi enam baris serangkap
  • Bilangan katanya satu hingga enam patah kata sebaris
  • Terdiri daripada satu hingga tiga belas suku kata sebaris
  • Rima akhir rangkap pertama ialah abcdee , rima akhir rangkap kedua ialah abcdce, rima akhir rangkap ketiga ialah abacbb, dan rima akhir rangkap keempat ialah abccda.

Unsur-unsur Bunyi

Asonansi 
(pengulangan vokal a) - Nampakkah kau tiada siapa datang menuntutnya.
(pengulangan vokal e) - membawa bersamanya beg usang / tetapi bezanya mereka diabaikan.
(pengulangan vokal i) - mayat si tua dibiarkan di situ.

Aliterasi 
(pengulangan konsonan l) - lelaki tua di hujung jalan.
(pengulangan konsonan m) - mukanya comot rambutnya kusut.
(pengulangan konsonan t) - tanpa suatu destinasi.
  

Gaya Bahasa
  • Repetisi (pengulangan kata dalam baris ayat yang sama) - 'Nampakkah kau' pada baris pertama rangkap 1, 2, dan 3.
  • Sinkope - kau.
  • Peribahasa - mengalas perut (simpulan bahasa)

Nilai
  1. Kasih sayang. Contohnya: kasih sayang terhadap kedua ibu bapa perlu disemai agar perasaan tersebut kekal berpanjangan.
  2. Mengenang budi. Contohnya: membalas segala jasa yang telah dicurahkan olehkedua ibu bapa.
  3. Prihatin. Contohnya, mengambil berat terhadap ibu bapa.
  4. Bertanggungjawab. Contohnya: sebagai anak kita harus menggalas tanggungjawab dalam memastikan kebajikan ibu bapa terjaga dengan baik.

Pengajaran
  1. Kita hendaklah memberikan sepenuh kasih sayang terhadap golongan warga emas terutamanya ibu bapa.
  2. Kita hendaklah tahu mengenang budi dan cuba membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita.
  3. Kita janganlah terlalu mementingkan diri.
  4. Kita janganlah sekali-kali lupa akan tanggungjawab kita sebagai anak.

1 ulasan:

  1. semoga memberi info buat pelajar2 sebelum menjawab exam

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email