Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, September 11, 2014

Ulang Kaji Bahasa Malaysia PT3 - Latihan Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk (Bahagian 6)

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Tertera di bawah ialah latihan berkenaan ayat tunggal dan ayat majmuk untuk kalian jadikan sebagai latih tubi atau material ulang kaji. 

Bahagian 1
Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk.
  1. Adakah kamu hendak ke hospital? Adakah kamu hendak ke klinik sahaja?
  2. Halim tinggal di sebelah rumah saya. Halim tidak pernah berkunjung ke rumah saya.
  3. Sekolah-sekolah di luar bandar diberikan kemudahan komputer. Para pelajar dapat melayari internet.
  4. Jefri yang mewakili sekolah dalam kejohanan olahraga peringkat daerah? Hamsyar yang mewakili sekolah dalam kejohanan olahraga peringkat daerah?
  5. Datuk pergi ke stor. Datuk mengambil cangkul.
  6. Ayah sedang mengait buah rambutan. Abang membantu ayah menyapu daun-daun kering.
  7. Kakak sedang mengemas dapur. Kakak mendengar radio.
  8. Syamil tidak dapat hadir di majlis hari jadi Faiz. Syamil pulang ke kampung. Syamil memberitahu rakan baiknya.
  9. Regina akan menyertai lawatan ke Pulau Langkawi. Thea akan menyertai lawatan ke Pulau Langkawi.
  10. Ariyan masuk ke kelas kami. Ariyan mengedarkan borang penyertaan kokurikulum.
  11. Saya datang lewat ke sekolah. Bas sekolah yang saya naiki rosak.
  12. Cuaca agak terik. Budak-budak itu tetap bermain bola di padang.
  13. Zahid hendak membeli buku Sains. Zahid ke kedai buku.
  14. Pak Ismail mengaut sampah di dalam longkang itu. Pak Ismail membuang sampah itu ke dalam plastik sampah.
  15. Suzana menghadiri kelas tambahan pada setiap hari Jumaat. Amir menghadiri kelas tambahan pada setiap hari Jumaat.


Bahagian 2
Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi tiga ayat majmuk sahaja.

          Fenomena pencemaran alam semakin membimbangkan. Fenomena ini berlaku di Malaysia. Fenomena ini berlaku di seluruh dunia. Hampir setiap hari media cetak menyiarkan berita hangat tentang pencemaran. Hampir setiap hari media elektronik menyiarkan berita hangat tentang pencemaran. Pencemaran ini bukan sahaja terhad pada satu kategori seperti pencemaran darat. Terdapat juga pencemaran air, udara dan bunyi juga.

Bahagian 3
Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

    Golongan remaja yang terlalu asyik melayari internet sering kali menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak berfaedah.


Selamat Mengulang Kaji! 

*Kalian perlu menguasai topik 'Kata Hubung' bagi membolehkan kalian menjawab soalan-soalan di atas dengan baik. Ada kemusykilan? Kongsikan di ruangan komen di bawah.


Semak jawapan dan entri lain Latihan Ayat Tunggal Ayat Majmuk di sini.

Cuba buat latihan-latihan di bawah juga.


11 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sama-sama. Jika perlukan bimbingan, sila emel tuisyenkaklong@gmail.com.

      Padam
  2. Datang ulang kaji selepas PT3 xD Bahagian 1, No. 11 beg atau bas? :/

    BalasPadam
  3. Jawaban nombor 4 boleh tak menggunakan kata hubung 'dan' ?

    BalasPadam
  4. jawaban nombor 4 boleh tak guna kata hubung ' dan' ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jawaban yang tepat ialah 'atau' kerana intipati ayat adalah untuk mengesahkan sama ada Jefri ataupun Hamsyar yang mewakili sekolah :)

      Padam
  5. Apakah jawapan bagi soalan nombor 12 Dan 13?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 12. Walaupun/Meskipun/Biarpun/Kendatipun/Sungguhpun cuaca agak terik, budak-budak itu tetap bermain bola di padang.

      13. Zahid ke kedai buku kerana hendak membeli buku Sains.

      Padam
  6. Kalau ayat die suruh bahagikan ayat tu jadi ayat tunggal.. Contohnya ayah keletihan lalu tertidur di atas sofa di ruang tamu. So saya jawab
    1- ayah keletihan lalu tertidur di atas sofa
    2- ayah keletihan lalu tertidur di ruang tamu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kurang tepat, CT. Ayat-ayat CT masih mengandungi kata hubung (lalu). Apabila kita cerakinkan/pisahkan ayat majmuk, kena pastikan yang ayat tunggal tiada sebarang kata hubung.

      1. Ayah keletihan.
      2. Ayah tertidur di atas sofa di ruang tamu.

      Padam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email