Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Oktober 11, 2014

Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Peribahasa (Bahagian 2)


Sila jawab soalan-soalan di bawah. Selamat Mengulang kaji :)


Baca dan fahami petikan-petikan di bawah ini. Kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang dinyatakan dalam setiap petikan.

Petikan 1
Sudah hampir sedekad Azlan tidak pulang ke kampungnya setelah sebegitu lama merantau di luar negara. Kini dia ingin menetap di kampungnya itu. Kepulangannya amat kena pada tempatnya dan sangat dinanti-nantikan oleh penduduk kampung untuk memajukan Kampung Siamang Gagap. Azlan telah merancang untuk menubuhkan Koperasi Peladang. Azlan telah menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan. Walau bagaimanapun, hasil usaha Azlan yang tidak berputus asa, dia akhirnya berjaya menubuhkan koperasi tersebut.

Petikan 2
Farhan sangat kedekut dan sikapnya itu tidak disenangi oleh rakan-rakan sekelasnya. Rakan-rakannya sering berasa hati apabila dia enggan meminjamkan sebarang peralatan yang dimilikinya. Farhan juga tidak dapat menyesuaikan diri apabila bersama-sama dengan rakan sekelas. Oleh yang demikian, lama-kelamaan rakan-rakan mula menjauhi diri daripadanya. Akhirnya, dia menyedari kesalahan yang telah dilakukannya. Bagaimanapun, segala-galanya telah terlambat kerana rakan-rakannya telah muak dengan sikapnya itu.

Petikan 3
Maznan teringat akan penyelianya yang baharu. Maznan meluat dengan sikap penyelianya itu. Dia selalu menasihati Maznan agar bekerja dengan bersungguh-sungguh sedangkan dia sendiri selalu tidak berada di pejabat. Masanya banyak dihabiskan dengan berfoya-foya pada masa pejabat. Bagaimanapun, Maznan sedar akan kekurangan dirinya. Dia hanya seorang pekerja biasa. Jikalau dahulu dia belajar dengan bersungguh-sungguh, tentu dia akan mendapat pekerjaan yang lebih baik. Bagaimanapun, tiada guna disesalkan hal yang telah berlaku.


Semak jawapan dan dapatkan latihan peribahasa yang lain di sini.
Cuba buat latihan-latihan di bawah juga.

3 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini. Anak Acik pun ada PT3 candidate..selamat berkenalan. singgah dari Lepak_Sabtu By Budak.

    http://acikwatie.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian ini.Mohon izin untuk berkongsi bersama anak-anak dalam kelas

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email