Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, Mac 19, 2015

Kerangka Karangan - Langkah-langkah yang Boleh Diambil untuk Mengatasi Masalah Penerokaan Hutan

Langkah-langkah yang Boleh Diambil untuk Mengatasi Masalah Penerokaan Hutan Secara Berleluasa

Pendahuluan:

  • Hutan memainkan peranan penting dari segi ekonomi, pembangunan dan ekologi - penerokaan hutan seperti pembalakan haram dan penggondolan hutan untuk aktiviti pembangunan - timbulkan banyak masalah serius - langkah-langkah yang wajar perlu diambil untuk mengatasi masalah ini

Isi - isi:
  • Menganjurkan pelbagai kempen mencintai hutan dan alam sekitar - pupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat - semai rasa cinta akan alam sekitar
  • Menubuhkan agensi khusus untuk mengurus dan mentadbir hal-hal berkaitan hutan - agensi ini perlu bertindak menangani masalah penerokaan hutan yang timbul supaya sumber hutan tidak terjejas
  • Mewartakan kawasan hutan yang luas sebagai taman negara/hutan simpan - dapat mengekalkan keindahan alam semulajadi - destinasi tarikan pelancong
  • Menggiatkan usaha pemuliharaan hutan dan penanaman semula pokok-pokok selepas pembalakan - memastikan bekalan sumber hutan berterusan

Penutup:
  • Semua pihak harus bekerjasama untuk memelihara dan memulihara hutan - tanggungjawab bersama - demi kesejahteraaan sejagat

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

3 ulasan:

  1. mana karangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat sendiri laa...dah bagi rangka,buat la sendiri...:P
      kalau nk berjaya, buat la sendiri...

      Peace;)

      Padam
  2. Itulah rangka karangan

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email