Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Khamis, April 02, 2015

Nota Sains Tahun 4 - Kemahiran Saintifik (Bab 1)

KEMAHIRAN PROSES SAINS

KEMAHIRAN SAINTIFIK
  1. Pembelajaran merupakan proses menyiasat alam sekitar melalui kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah.
  2. Kaedah ini memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif di samping mendapatkan ilmu.

Kemahiran Proses Sains

Memerhati
Menggunakan penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang objek atau fenomena.

Mengukur dan Menggunakan Nombor
Dengan menggunakan alat dan radas.

Membuat Inferens
Membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian dan bukti.

Berkomunikasi
Mengemukakan idea melalui tulisan, graf, jadual dan rajah.

Mengelas
Mengumpul objek berdasarkan ciri yang sepunya.

Meramal dan Membuat Hipotesis
Membuat jangkaan dan penerangan tentang sesuatu peristiwa.

Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa
Memperlihatkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahan mengikut masa.

Mentafsir Maklumat
Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada maklumat
yang dikumpul.

Mendefinisi Secara Operasi
Memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan
dan diperhatikan.

Mengawal Pembolehubah
Dalam sesuatu penyiasatan, satu pembolehubah dimanipulasi untuk memerhati hubungannya
dengan pembolehubah yang lain. Pada masa yang sama, pembolehubah yang lain dimalarkan.

Membuat Hipotesis
Sesuatu kenyataan umum yang ditakrifkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau
peristiwa. Kenyataan ini perlu diuji untuk membuktikan kesahihannya.

Mengeksperimen
Menguji sesuati hipotesis yang melibatkan kemahiran - kemahiran proses di atas.


Kemahiran Manipulatif

Merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid:
  • menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dan bahan dengan betul;
  • menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat;
  • membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul;
  • mengendalikan spesimen hidup dengan betul dan cermat;
  • melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email