Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, Mei 31, 2015

PT3 Geografi & Sejarah 2015

Assalamu'alaikum. Salam Sejahtera.

Pelajar-pelajar PT3, bulan 5 telahpun melabuhkan tirainya. Masuk sahaja bulan 6, kalian pasti akan bertambah sibuk. Sudah bersedia untuk melaksanakan Ujian Pelbagai Instrumen Geografi? Bagaimana pula dengan Ujian Pelbagai Instrumen Sejarah?

Berikut tarikh-tarikh penting yang perlu kalian ingat. Mark you calendars, please!


  • Ujian Pelbagai Instrumen Geografi - 21 Jun - 3 Julai 2015
  • Ujian Pelbagai Instrumen Sejarah - 5 Julai - 16 Julai 2015

Jangan lupa untuk singgah ke mari dalam tempoh tersebut. Kami akan muat kini bahan dan material yang boleh kalian gunakan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email