Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Jun 20, 2015

PT3 Geografi 2015 - Kaedah Kajian

PT3 Geografi 2015 - Kaedah Kajian


Berikut adalah beberapa kaedah kajian yang telah diguna pakai dalam melaksanakan kajian:
(Pilih mana yang berkenaan. Huraikan serba-sedikit setiap kaedah kajian)

  • Borang kaji selidik - Diedarkan kepada responden di kawasan kajian.
  • Pemerhatian - Pemerhatian dibuat berdasarkan data borang kaji selidik yang telah diproses.
  • Kaedah Temubual / Rujukan Orang Sumber - Menemubual penduduk tempatan untuk menceritakan kegiatan ekonomi yang dijalankan dengan lebih lanjut.
  • Rakaman Audio atau Visual - Merakam temubual bersama penduduk dan kawasan kajian lapangan.
  • Hasil Carian di Internet - Membaca dan mencari maklumat tambahan mengenai kawasan kajian di internet.
  • Penggunaan Buku Teks/Buku Rujukan Geografi - Membantu memudahkan proses menjalankan kajian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email