Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Jun 20, 2015

PT3 Geografi 2015 - Kegiatan Ekonomi

PT3 Geografi 2015 - Jenis-jenis Kegiatan Ekonomi


Contoh-contoh Kegiatan Ekonomi

  • Sektor Perkhidmatan - pelancongan, perdagangan, pendidikan,  pengangkutan dan kewangan
  • Sektor Perindustrian
  • Sektor Perlombongan
  • Sektor Pertanian
  • Sektor Pembalakan
  • Sektor Perikanan 
  • Sektor Penternakan


Para pelajar hendaklah mengenalpasti kegiatan ekonomi apakah yang dijalankan oleh penduduk di kawasan kajian.

Contoh:
  1. Kawasan Kajian - Sungai Buloh, Selangor. Kegiatan ekonomi - Perkhidmatan (pendidikan, perdagangan, kewangan, pelancongan dan pengangkutan), Perindustrian
  2. Kawasan Kajian - Kundang, Selangor. Kegiatan ekonomi - Pertanian, Perkhidmatan (pelancongan dan perdagangan)
  3. Kawasan Kajian - Paya Jaras, Selangor. Kegiatan ekonomi - Perkhimatan (perdagangan), Pertanian, Perikanan (ikan air tawar) dan Penternakan (itik)
  4. Kawasan Kajian - Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur - Perkhidmatan (perdagangan, pendidikan, kewangan), Perindustrian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email