Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Jun 20, 2015

PT3 Geografi 2015 - Konsep dan Takrifan Kegiatan Ekonomi


Konsep dan Takrifan Kegiatan Ekonomi

Untuk topik ini pelajar perlu:

(i) memberikan takrif 'kegiatan ekonomi'

  • Kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Sumber: Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3. Selangor. Cerdik Publications Sdn Bhd, m/s. 114.
  • Terjemahan 'economic activity' daripada Business Dictionary.com
Actions that involve the production, distribution and consumption of goods and services at all levels within a society.
Aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barangan, dan perkhidmatan di semua peringkat dalam masyarakat.
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Keempat, m/s 379
Ekonomi bermaksud imu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan. Maka, kegiatan ekonomi ialah aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan.


(ii) Memberi huraian lanjut mengenai kegiatan ekonomi
  • Terbahagi kepada tiga sektor utama - primer, sekunder dan tertier.
  • Menyumbang kepada pendapatan penduduk dan negara


1 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email