Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, September 26, 2015

Jawapan Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Kesalahan Ejaan (Bahagian 1)


Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


  1. Ariyan perlu membuat keputusan samada mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara ataupun tidak. sama ada
  2. Murtabak yang dibeli oleh ayah petang tadi telah basi. Martabak
  3. Galakkan daripada ibu bapa banyak membantu meningkatkan prestasi murid. Galakan
  4. Mereka sekeluarga akan ke Pulau Pinang dengan menaiki keretapi. kereta api
  5. Adik saya perlu dimasukan ke dalam wad kerana demam panas. dimasukkan
  6. Encik Ganesh mahu memohon jawatan juru latih pasukan bola sepak negeri untuk musim itu. jurulatih
  7. Tragedi yang mengorbankan banyak nyawa itu sungguh dasyat dan mengerikan. dahsyat
  8. Pihak polis menggesahkan tiada mangsa yang cedera parah dalam kemalangan di simpang tiga semalam. mengesahkan
  9. Ibu tidak dapat menyembunyikkan kerisauannya apabila abang tidak pulang sejak semalam. menyembunyikan
  10. Masalah-masalah itu akan dapat diselesaikan dengan pengurusan yang lebih sistemetik. sistematik
  11. Kamu berlu berfikir secara lojik sebelum membuat sebarang keputusan. logik
  12. Terdapat beberapa kesalahan ejaan pada bahagian pra-kata buku itu. prakata


Jangan lupa cuba jawab Bahagian 2 pula.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email