Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, September 26, 2015

Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Ayat Aktif dan Ayat Pasif (Bahagian 2)


Tukar ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

  1. Aisya membaca surat itu.
  2. Fizana membalut hadiah itu.
  3. Mereka mengibarkan Jalur Gemilang.
  4. Saya meletakkan barang-barang itu di atas meja.
  5. Kami membersihkan kawasan itu bersama-sama.
  6. Awak meminjam buku itu minggu lepas.
  7. Kita perlu mematuhi peraturan sekolah.
  8. Para pelajar menghias dewan itu dengan cantik.
  9. Pihak polis telah menemukan bahan bukti kes pembunuhan itu di belakang rumah mangsa.
  10. Hartawan yang dermawan itu telah membantu mangsa-mangsa banjir di kampung saya.
  11. Nenek menyambut kepulangan kami dengan wajah yang gembira.
  12. Karmila mengedarkan borang penyertaan kokurikulum.


Panduan:
  • Jangan lupa untuk kenalpasti kategori kata ganti diri yang digunakan dalam ayat-ayat di atas. Rujuk di sini.
  • Dapatkan Nota Ayat Aktif dan Ayat Pasif di sini.
  • Kata kerja yang bertulisan tebal dan bergaris perlu ditukar.
  • Pastikan kalian tidak mengubah maksud ayat.

Semak jawapan dan dapatkan latihan lain di sini.

1 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email